CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1097|Reply: 3

Rogol Budak Sekolah Berulang Kali, Pedofilia Tua Mati Dalam Penjara Sebab Covid-19

[Copy link]
Post time 8-7-2022 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki pedofil dipenjara gara-gara mencabul gadis berusia 10 tahun, selain merogol seorang lagi pelajar sekolah berulang kali.


John Adam telah dipenjarakan selama 14 tahun di Penjara HMP Wymott di Leyland, Lancashire yang merupakan 'sarang' penyakit.


Tertuduh telah menemui ajalnya pada usia 71 tahun selepas dijangkiti Covid-19 ketika dipenjarakan. Dia sebelum itu dimasukkan ke hospital pada 3 November 2021.


John Adam, Foto: Daily Star




Adam dipenjarakan pada November 2019 selepas juri di Mahkamah Mahkota, Liverpool sebulat suara mendapati dia bersalah atas tiga pertuduhan merogol dan empat pertuduhan serangan tidak senonoh terhadap dua mangsa ketika berusia lewat 30an.


Kedua-dua gadis itu berasal dari Newton-le-Willows, hidup dengan dibelenggu rasa takut selama bertahun-tahun tetapi akhirnya tampil membuat kenyataan pada 2017.


Nicola Daley, pendakwa, memberitahu mahkamah seorang mangsa mengalami masalah kesihatan mental yang teruk selepas penderaan itu.


Mangsa lebih muda yang hadir di mahkamah untuk melihat penderanya dipenjarakan juga bercakap tentang bagaimana ia mempengaruhi cara dia melihat tubuhnya sekarang.


Kesalahan Adam semakin banyak apabila dia mula kerap merogol gadis bawah umur, tetapi mangsa fikir bahawa tiada sesiapa akan mempercayainya.


Laporan mendedahkan bahawa Adam mempunyai beberapa masalah kesihatan yang serius dan berlarutan yang menyebabkannya berisiko tinggi terkena jangkitan.


Laporan juga mendapati Adam memang menerima dua dos vaksin Covid-19 pertamanya, tetapi masih menunggu untuk menerima suntikan penggalak apabila dia tidak sihat.


Penjara HMP Wymott, tempat dia dipindahkan pada ketika ini, telah diisytiharkan sebagai 'sarang' wabak Covid pada 25 Oktober 2021, dan enam hari kemudian Adam dilaporkan berasa tidak sihat sebelum meninggal dunia. -CARI


Sumber: mStar/ Daily star
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2022 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Senangnya kau mati.

Kalau mati macam Richard Huckle tu best sikit baca.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 11:26 AM | Show all posts
padan muka ko. kecik2 xnk mmpos.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 03:38 PM | Show all posts
Penjara HMP Wymott, tempat dia dipindahkan pada ketika ini, telah diisytiharkan sebagai 'sarang' wabak Covid pada 25 Oktober 2021, dan enam hari kemudian Adam dilaporkan berasa tidak sihat sebelum meninggal dunia.


bruh.. penjara tu is a death sentence la ye
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.055954 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list