CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1157|Reply: 18

Wanita Rosakkan Muka Kawan Guna Pisau Sebab Takut Goda Teman Lelaki

[Copy link]
Post time 8-7-2022 10:18 AM | Show all posts |Read mode
LONDON – Angkara cemburu, seorang wanita di Britain bertindak mencederakan wajah rakannya dengan menggunakan sebilah pisau kerana mengesyaki mangsa menggoda teman lelakinya, lapor akhbar The Sun.


Karlie Tuft mencederakan wajah Bianca Beaumont selepas mabuk dalam satu acara parti di Newport, Wales.


Tidak cukup dengan itu, teman lelakinya, John Jackson turut mengugut Bianca dengan menyatakan bahawa dia akan membunuh anaknya sekiranya mangsa melaporkan perkara itu kepada polis.




Foto: The Sun




Bianca berkata, dia bimbang parut akibat luka tersebut akan kekal sepanjang hayatnya selepas cedera pada bahagian pipi, bibir dan lubang hidung.


Berdasarkan perbicaraan di mahkamah, Bianca melawat Karlie di rumahnya di mana dia diperkenalkan kepada Jackson.


Keganasan tercetus apabila Karlie  tiba-tiba menuduh Bianca bersikap tidak sopan terhadap kekasihnya, sebelum mencederakan wajah mangsa menggunakan pisau.


Hakim David Wynn Morgan berkata, mangsa yang ketika itu terdesak untuk meninggalkan pangsapuri milik defendan,  diugut supaya  tidak mendedahkan perkara tersebut.


“Mereka mendesak Bianca agar tidak mendedahkan perbuatan defendan dan menyuruh dia mengaku bahawa diserang di jalanan,” katanya.


Jackson dikatakan menghunus sebilah pisau pada Bianca sambil berkata: “Jika kamu beritahu polis bahawa ini adalah perbuatan Karlie atau sekiranya dia dimasukkan ke penjara, saya bersumpah akan mengerat anak-anak kamu.”


Karlie  disabitkan dengan kesalahan sengaja mendatangkan kecederaan  dan dihukum  penjara selama enam tahun enam bulan.


Jackson pula didapati bersalah kerana membuat ugutan bunuh dan dipenjarakan selama empat tahun. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2022 10:21 AM From the mobile phone | Show all posts
minah rempit version brits
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 10:29 AM | Show all posts
Tak boleh buat main-main pasal ketakutan wanita yang lakinya akan kena rampas.. kejadian ni dah jadi bukti, mereka tak mahu berkongsi laki

kalau tak sabar jadi macam ni menghiris muka orang. Kalau tak buat cam ni biasanya mereka akan nangis bila laki kena rampas, dan aku pasti tangisan itu datang dari hati yang sedang dihiris-hiris...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 10:33 AM | Show all posts
kepompong replied at 8-7-2022 10:21 AM
minah rempit version brits

Spisis kalo bercakap sebut fuck setiap dua patah kata.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 10:33 AM | Show all posts
wajib tengok kesungguhan seorang wanita sedang menjaga lakinya dari dirampas...
  

https://www.instagram.com/p/CfoIoNthlx1/


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 11:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg.tak cantik.pung
Kenapa la begini...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2022 02:57 PM | Show all posts
eh setan punya kawan dgn bf..kalau kacak tk pe juga

jaga2 la kluar penjara jgn dernag balas dendam sudah
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 04:15 PM From the mobile phone | Show all posts
???? kawan apa gini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2022 04:41 PM | Show all posts
Jauh giler beza muka dak kepam Karlie Tuft sebelum dan selepas filter.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
ke memang dah plan nak penaya kawan. pastu pakat ngan BF.
sundali sebenar namanya ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 8-7-2022 10:33 AM
wajib tengok kesungguhan seorang wanita sedang menjaga lakinya dari dirampas...

https://www.instagr ...

pompuan ori ke tu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 04:47 PM | Show all posts
rhoper lakinya pun elok sikit je dari selipar jepun... itu pun nak jeles...
heran jugak sebab yang selalu insecure dengan bf sendiri ni selalunya yang rhoper2 busuk macam tapai basi gini je selalunya... yang herlok lawa kemain meletop tu takde pulak nak jeles2 tikam sana sini...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 04:49 PM | Show all posts

ori tu kaka... tapi video tu sah2 untuk konten tiktok sebab tengok macam berlakon je masing2...

takkan la laki rhoper tayar michelin gitu yang cikki tu takut kena rampas oleh bohsia majapahit sebelah dia tu...

nyi roro kidul pun belum tentu larat nak culik apakan pulak yang pompuan2 menari dekat kiri tu....

Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 05:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Yahampun muka sorg2.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 09:46 PM From the mobile phone | Show all posts
dudaberhias replied at 9-7-2022 04:49 PM
ori tu kaka... tapi video tu sah2 untuk konten tiktok sebab tengok macam berlakon je masing2...
...

kalu pompuan sini dah tarik laki dia pi duduk tempat lain dah. tak da nya duk perati jah laki berdiri sebelah.
pastu laki sini akan usha jah awek seksi tu kemudian mintak maaf la kata kena gangguan paranormal.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 09:57 PM | Show all posts
bianca tak sedar ka dia kena scam dgn karlie and bf? deme mmg plan nak cederakan muka dia kott.. jeles ke apa..
ni kang, pandai2 la larikan diri drp mereka sblm deme kluaq penjara.. kang kluaq penjara deme cari utk balas dendam, naya woo...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2022 09:57 PM | Show all posts
dudaberhias replied at 9-7-2022 04:49 PM
ori tu kaka... tapi video tu sah2 untuk konten tiktok sebab tengok macam berlakon je masing2...
...

nyi roro kidul ni sape pulakk???
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 09:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Boyfriend rupa yeti macam tu berbaloi ke nak mempertahankan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ummah pprt londong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:59 PM GMT+8 , Processed in 0.064463 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list