CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1398|Reply: 14

[Tempatan] Orang ramai serbu pasar buat persiapan Aidiladha

[Copy link]
Post time 8-7-2022 01:34 PM | Show all posts |Read mode
Orang ramai serbu pasar buat persiapan Aidiladha


Tinjauan di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong mendapati orang ramai mengunjungi pasar itu seawal jam 7 pagi untuk membeli barangan basah seperti ayam, daging dan sayur-sayuran. FOTO NIK ABDULLAH NIK OMAR

Kota Bharu: Kehadiran orang ramai membeli barang keperluan untuk sambutan Aidiladha menceriakan suasana pasar basah di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di sini, hari ini.

Tinjauan mendapati orang ramai mengunjungi pasar itu seawal 7 pagi untuk membeli barangan basah seperti ayam, daging dan sayur-sayuran.

Pekerja swasta, Wanida Ismail, 42, berkata dia lebih gemar membeli barang basah di RTC Tunjong kerana lebih banyak pilihan selain harga barangan juga berpatutan walaupun di musim perayaan.

"Kebiasaannya saya datang membeli barang basah di pasar ini seminggu sekali, namun pada hari ini barang yang dibeli lebih banyak daripada biasa untuk persiapan Aidiladha pada Ahad ini.

"Saya datang awal untuk membeli barang keperluan bagi mengelak kesesakan memandangkan sudah ada perantau yang mula balik ke kampung dan pada masa sama turut menyenaraikan barang mahu dibeli untuk memudahkan urusan," katanya ketika ditemui, di sini.

Suri rumah, Salmiah Ismail, 46, berkata dia keluar rumah selepas solat Subuh untuk membeli barangan basah antaranya daging lembu, ayam dan ikan untuk hidangan pada Aidiladha ini.

"Memang kena beratur dan walaupun orang agak ramai tetapi masih belum sampai pada tahap yang sesak sehingga sukar untuk bergerak.

"Sambutan Aidiladha kali ini lebih meriah berbanding dua tahun lalu apabila kini suasana di pasar kembali riuh dengan kehadiran orang ramai yang membuat persiapan," katanya.

Sementara itu, peniaga ayam, Nurul Aniezah Ab Rahman, 43, berkata permintaan ayam pada musim perayaan meningkat lebih tiga kali ganda dan dia menjual ayam di bawah harga siling iaitu RM9 sekilogram.

"Sebanyak 200 ekor ayam sudah habis dijual berbanding hari biasa hanya 40 ekor yang terjual. Mujur bekalan mudah diperolehi untuk menampung permintaan pelanggan pada musim perayaan ini," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... persiapan-aidiladha

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2022 03:37 PM | Show all posts
raya apa pun gemor la acik2 buat kerja last minute...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
haku pun esok pagi singgah jugak Cari brg sebelum balik kg...
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Wpun brg naik rege tp org bersiap nk raya haji mcm tak susah pun..
Lps raya semua merempan balik
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 06:34 PM | Show all posts
meols tak de beli apa2 pun.. ni pun kat opeh lagi ni ha...  koi raya seketoi pun idak beli.. just buat korban je
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 08:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kak-Rohana replied at 8-7-2022 03:37 PM
raya apa pun gemor la acik2 buat kerja last minute...


Takkanlah nk beli ayam dan sayur seminggu dua minggu sebelum.
Barang2 kering bolehlah beli awal2 dan simpan stok.





Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-7-2022 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 8-7-2022 06:34 PM
meols tak de beli apa2 pun.. ni pun kat opeh lagi ni ha...  koi raya seketoi pun idak beli.. just bu ...

Iols beli baulu, kek pandan dan kek sponge kat mydin je.


Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 8-7-2022 06:25 PM
Wpun brg naik rege tp org bersiap nk raya haji mcm tak susah pun..
Lps raya semua merempan balik:lol ...

Biasala tu kebanyakan rakyat Malaysia
Portion untuk beraya dan hiburan ni kena ada.
Harga barang keperluan naik ke boleh je salahkan orang lain. Semua tak kena, semua orang lain salah. Diri sendiri je betul
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-7-2022 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Masak ringkas2 je sudah raya haji ni..
Iols siap order sate
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 09:50 PM | Show all posts
insyaALLAH pagi raya itu baru nak lapah korban

apa hal nak pergi beli barang raya sekarang?????????????


dahh tahu peminta bantuan janganlah berbelanja mcm ko ada kilang cetak duit.
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2022 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
.HannahMontana. replied at 8-7-2022 09:50 PM
insyaALLAH pagi raya itu baru nak lapah korban

apa hal nak pergi beli barang raya sekarang????????? ...

Nangiss penerima bantuan baca komen sis
Terus tak nak sambut raya
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 12:30 AM | Show all posts
sharlenetexas replied at 8-7-2022 08:06 PM
Iols beli baulu, kek pandan dan kek sponge kat mydin je.

meols balik tangan kosong je..harap2 tak kena panah petirrrr

salam aidil adha sis... nah mungerr
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 12:34 PM | Show all posts
Rakyat MY ni tengok tajuk.. kalo bab2 raya kaa coti2 malaysia kaa shopping kaa makan luaq kaa.. depa teruih enjoy tak menyalak2 KERAjaan salah ka apa kaa..

tapi mai tajuk kenaikan harga barang kaa inflation kaa.. tiba2 semua jadi susah macam tak cukop makan... mai pembangang pula p simbah petrol di atas api kebodohan majoriti rakyat MY.. few politaik dari KERAjaan pun sama bangang keluaqkan EPF ke hulu ke hilir... bukan nak didik rakyat ubah cara hidop + buat saving...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 12:41 PM | Show all posts
Dah raya kata acik kiah anak menantu semua berkumpul nak kena juga persiap barang sikit tak kan nak hidang nasi goreng ikan bilis tumbuk cabai kering je pagi raya.  Nasib dah beli barang sikit semalam arini santai2 boleh masak.  Arini nampak ramai gak masak dulu dah siap masak bawak balik kampung tak nak nyusah kan mak pak kat kampung gaknya dah anaknya pun ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 8-7-2022 06:34 PM
meols tak de beli apa2 pun.. ni pun kat opeh lagi ni ha...  koi raya seketoi pun idak beli.. just bu ...

kueh raya apaaa raya korban je ni.
weols buat akikah anak gegirl kat kg tp kami tak blk dah bapaknya kerja plak. merempan mil konon nak kenduri. iols jwb masak then bagi2 je la takyah kenduri bagai

td gi beli daging utk mkn pagi esok elok je market area iols ni aman damai, maybe komuniti cina memberi laluan utk acik2 mengabeskan pitih dipasar kot.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:26 PM GMT+8 , Processed in 0.094551 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list