View: 1009|Reply: 11
|
[Dunia]
Elon Musk secara rasmi 'tarik diri' beli Twitter
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 9-7-2022 03:49 PM
San Francisco: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk yang juga individu terkaya dunia membatalkan perjanjian $44 bilion bagi pembelian Twitter Inc.
Pengumuman dibuat semalam mendakwa syarikat media sosial itu melanggar beberapa terma perjanjian penggabungan.
Susulan itu, Pengerusi Twitter, Bret Taylor berkata, lembaga syarikat merancang untuk mengambil tindakan undang-undang bagi menguatkuasakan perjanjian penggabungan berkenaan.
"Lembaga Twitter komited untuk menutup transaksi pada harga dan terma yang dipersetujui dengan Musk," katanya.
Saham Twitter naik kepada AS$51.70 (RM229) seunit pada April lalu apabila Musk mengumumkan hasratnya mahu membeli syarikat itu.
Namun, harganya jatuh kepada AS$35.76 (RM158) seunit sebulan selepas itu apabila komitmen Musk mula dipertikaikan dan semalam, saham Twitter jatuh lagi kepada AS$37 (RM164) seunit.
Dalam pemfailan, peguam Musk berkata, Twitter telah gagal atau enggan menjawab pelbagai permintaan berkaitan maklumat akaun palsu atau spam di platformnya yang merupakan asas kepada prestasi perniagaan syarikat.
"Twitter melanggar banyak peruntukan perjanjian, membuat representasi palsu dan mengelirukan yang mana Musk bergantung padanya apabila memasuki perjanjian penggabungan," kata pemfailan itu.
Musk juga menarik diri kerana Twitter memecat eksekutif berpangkat tinggi dan satu pertiga daripada pasukan pemerolehan bakat, yang dianggap melanggar kewajipannya untuk "memelihara komponen material organisasi perniagaan semasa".
Keputusan Musk berkemungkinan mengakibatkan pertelingkahan undang-undang berpanjangan antara jutawan itu dan syarikat berusia 16 tahun yang berpangkalan di San Francisco.
https://www.hmetro.com.my/global/amerika-utara/2022/07/859906/elon-musk-batal-perjanjian-beli-twitter
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Elon musk patut dihalang dari menggeletis di alam maya. |
|
|
|
|
|
|
|
Elon Musk - Seorang troll yang dapat paling ramai pengikut di twitter |
|
|
|
|
|
|
|
Misi berjaya buat apa nak beli lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Biar.lah..
Janji perfume white musk masih ada di body shop |
|
|
|
|
|
|
|
Sib baik la dia tak de plan invest kt sini...sbb aku rs akan jd sekadar angan2 je la...tetiba scrap ... |
|
|
|
|
|
|
|
Sejenis lapar perhatian jgk mas elon ni |
|
|
|
|
|
|
|
Drama queen!
In other news…Elon Musk's net worth hits 11-month low, drops below $200 billion. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia dah tak tau nak buat apa dah... orang yang kepala ligat macam dia ni macam2 nak buat & tak reti duduk diam... dan dia boleh buat pasal duit banyak & his previous success buatkan orang ramai percayakan kebolehan dia. Steve Jobs jenis macam dia jugak tapi pendek umur dan later in his life dia fokus pada hasilkan produk dalam apple. Elon ni hasil produk totally different.. electronic payment, space, EV, boring machine etc.. |
|
|
|
|
|
|
|
Twitter saman sbb Elon Musk dah sign binding agreement nak beli. kelakar pulak guna alasan spam dan bot. |
|
|
|
|
|
|
| |
|