CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 639|Reply: 5

[Tempatan] Netizen tanya ustaz apa hukum tengok wayang. Kelantan tersenyum sinis?

[Copy link]
Post time 9-7-2022 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Netizen Tanya, Tengok Wayang Haram Atau Tidak, Ustaz Adnin Jawab - “Bukan Tempat Yang Menjadi Penentu, Tapi…”

Baru-baru ini, isu tentang panggung wayang kerap diperdebatkan. Baik di media sosial mahupun berita hiburan, ada sahaja perkhabaran tentang industri ini yang dilihat kembali mekar selepas merudum sejak COVID-19 melanda dunia dua tahun lalu.

Selain berita tentang kutipan filem Mat Kilau dan juga cukai hiburan yang dikenakan kepada karyawan filem agak tinggi, terdapat juga isu tentang batas pergaulan dalam panggung wayang.

Menerusi sesi soal jawab yang sering dilakukan oleh pendakwah bebas, Ustaz Adnin, terdapat seorang pengikutnya yang bertanya, apakah hukumnya menonton wayang.

Ustaz Adnin secara ringkas menjawab, bukan tempat yang menjadi penentu kepada halal atau tidak, tetapi apa yang ada di tempat itu.

“Bukan tempat menjadi penentu benda itu halal atau haram. Tapi apa yang ada dalam tu. Kalau kita pergi wayang tengok cerita yang ada unsur haram, pegang tangan, aurat didedahkan, peluk-peluk cium, maka berdosa.

“Kalau pergi wayang dengan awek, pakwe bukan mahram pun berdosa. Tak payah pergi wayang, pergi restoran berdua dengan pasangan pun dosa juga.

“Kalau cerita yang kita tengok patuh syrak, takda pegang tangan, takda aurat, mesej cerita baik, kita pergi dengan kawan-kawan sejantina dan family, takda masalah.

“Bukan tempat tu tapi apa yang ada dalam tu. Kalau nak tengok cerita, tengoklah cerita yang bermanfaat yang tiada unsur-unsur haram,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-7-2022 11:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2022 11:48 AM | Show all posts
  
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 12:04 PM From the mobile phone | Show all posts
tapi org pi wayang tujuan utama nak tengok jalan cerita bukan nak tengok tayangan aurat. lain la kalau mmg pergi tempat maksiat mcm kelab malam atau tengok filem lucah utk melempias nafsu. kalau semata ada unsur aurat terdedah, bola sepak pon takleh tengok, apatah lagi badminton banyak amoi suar pendek nampak peha gebu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 12:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau nk pilih extreme,  hukum tgk perlawanan bola sepak adalah haram.  Kerana kita melihat aurat pemain2 bola di atas padang
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 12:36 PM | Show all posts
sskjp la tu tnya tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:05 PM GMT+8 , Processed in 0.058248 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list