CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1014|Reply: 7

[Jenayah] Jawi siasat video wanita hina Islam di kelab

 Close [Copy link]
Post time 9-7-2022 09:13 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Lumpur: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) sedang menyiasat video tular seorang wanita dipercayai menghina kesucian agama Islam yang berlaku di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, baru-baru ini.

Pengarahnya Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, pihaknya mengambil maklum perkara berkenaan dan memandang serius isu terbabit.

"Siasatan awal dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Jawi dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 7 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 (Akta 559) iaitu menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam dengan denda tidak lebih RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

"Jawi sama sekali tidak akan berkompromi dengan sebarang perbuatan bertujuan menghina dan mencemarkan imej serta kesucian Islam khususnya yang berlaku di Wilayah Persekutuan lebih-lebih lagi menjelang ketibaan Hari Raya Aidiladha yang mulia," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, tular video berdurasi 54 saat menunjukkan seorang wanita tampil berpakaian sopan dalam satu majlis di sebuah kelab di TTDI, di sini.

Dalam video berkenaan, wanita itu mendakwa dirinya beragama Islam serta menghafal 15 juzuk al-Quran sebelum secara tiba-tiba dia menanggalkan baju kurung serta tudungnya hingga mendedahkan auratnya.

Sementara itu, Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad berkata, jika benar wanita berkenaan beragama Islam, perbuatannya bukan sahaja menghina agama dan umat Islam lain, malah menghina dirinya sendiri.

"Barangkali dia mungkin hendak menghina umat Islam lain, tetapi dia tidak sedar perbuatan itu sebenarnya menghina dirinya sendiri.

"Orang macam ini dia munafik, sama sama hukumnya macam orang yang melakukan dosa besar dan perlu bertaubat," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Pendapat sama turut disuarakan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menerusi hantaran di Facebook miliknya, hari ini.

"Setelah Islam memuliakan dirinya dengan berpakaian sopan dan menutup aurat, dia menghina dirinya dengan menanggalkan di khalayak ramai.

"Jika benar dia 'claim' (dakwa) sudah menghafal 15 juzuk al-Quran dan melakukan perbuatan seperti itu, dia menghina dirinya kerana Allah memuliakan orang yang menghafal al-Quran, memahami dan mengamalkannya tetapi mungkin dia hanya hafal tanpa pemahaman dan pengamalan.

"Islam datang memuliakan kita. Barangsiapa mencari kemuliaan di luar Islam, maka kita akan dihina sekali lagi," katanya.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... o-wanita-hina-islam






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-7-2022 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak faham ape yg sheol nk rebel sgt. Padahal mak pak die yg paksa pakai tudung umo 5 tahun. Malaysia ni kira open lagi la even menteri kerabat soltan pun ramai ja freehair. Dia boleh hidup aman2 kalau bukan dek sifat attention seeker much itu
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 09:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada kes murtad kat Norway Juli Jalaludin pun x silap salahkan pengalaman masa kecil dia kena cabul ke apa.   Mmg childhood experiences buat org rebel masa adult ke.  
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2022 10:49 PM | Show all posts
Jika jawi juga  rasa terhina kita faham otak apa mereka guna!
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 12:40 AM From the mobile phone | Show all posts
ulamalu replied at 9-7-2022 09:35 PM
Ada kes murtad kat Norway Juli Jalaludin pun x silap salahkan pengalaman masa kecil dia kena cabul k ...

Tak dpt keadilan.. yg konon menegakkan keadilan pun lemau.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2022 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Si Bodo yang tulen....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 01:48 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:03 PM GMT+8 , Processed in 0.313879 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list