View: 893|Reply: 16
|
[Tempatan]
PM ajak rakyat ‘berjihad’ pulihkan ekonomi
[Copy link]
|
|

Ismail Sabri
PM ajak rakyat ‘berjihad’ pulihkan ekonomi
PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berjihad bersama kerajaan bagi memastikan kehidupan harian Keluarga Malaysia kembali pulih.
Katanya, usaha menangani impak inflasi itu memerlukan kerjasama erat Keluarga Malaysia.
“Hari ini, seluruh dunia berdepan cabaran ekonomi antara lain berpunca daripada konflik geopolitik dan perubahan iklim global. Namun, kerajaan sentiasa mendengar dan memahami denyut nadi Keluarga Malaysia.
“Kerajaan kini berusaha menangani impak inflasi global termasuk menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi. Ia berperanan menyatukan semua kementerian dan agensi berkaitan bagi menyelesaikan kesulitan dengan segera,” katanya sempena Perutusan Khas Hari Raya Aidiladha sebentar tadi.
Susulan itu, Ismail Sabri berkata, seluruh Keluarga Malaysia perlu bersama-sama berganding bahu ke arah memulihkan prestasi ekonomi kerana usaha tersebut merupakan satu jihad.
“Justeru, seluruh Keluarga Malaysia perlu bersama-sama berganding bahu menanganinya. Ini adalah jihad kita bersama untuk memastikan ekonomi negara kembali pulih,” katanya.
Dalam perkembangan lain,Perdana Menteri menjelaskan, lebih 14,000 jemaah Malaysia sedang menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.
“Saya mendoakan kesemua mereka dipermudahkan urusan dan dikurniakan haji mabrur.
“Perbezaan fahaman politik antara kita juga harus diketepikan, buktikan keinsafan dan kesyukuran dengan bersama-sama meningkatkan martabat agama serta memupuk hubungan baik bersama keturunan dan agama yang lain,” jelasnya.
Ismail Sabri turut meminta rakyat untuk sama-sama berdoa agar semangat pengorbanan yang diamalkan Keluarga Malaysia mampu menjadikan tanah air kalis cabaran, kukuh dan terus maju. -KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... d-pulihkan-ekonomi/
|
|
|
|
|
|
|
|
Jihad apa lahanatttttt ko tu jihad ekonomi menantu je |
|
|
|
|
|
|
|
princessmiang replied at 10-7-2022 10:22 PM
Jihad apa lahanatttttt ko tu jihad ekonomi menantu je
Bawa mengucap, kita patut bersyukur dpt pm sebegini baik tak naikkan harga petrol lagik |
|
|
|
|
|
|
|
Lain mcm kan sound orang suruh jihad ekonomi...
Ni kira suruh orang sabar lah, tahan jer minyak masak mahal, barang semua naik harga. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab menghabiskan duit takde pulak kau ingat rakyat marhaen ni... Bab susah ekonomi merudum kemain jommmm kita sama-sama berjihad. Puihhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
Patut kau pun nasihat gk menteri2 kabinet kau tu utk berjihad sama ikat perut dr makan duit haram |
|
|
|
|
|
|
|
Sape tauke minyak masak jenama Keluarga?
|
|
|
|
|
|
|
|
jihad???
tak cukup lagi ke diperah2 ni |
|
|
|
|
|
|
|
Aik bukan ke zafrul kata ekonomi kita bertambah baik? |
|
|
|
|
|
|
|
Orang tua2 kata elok mulakan dengan diri sendiri dan terdekat dulu. MJ kata man in the mirror. Benar2 buktikan kesungguhan bukan hanya kata2. Kalau seadar berkata2 ramai dah malas nak melayan. |
|
|
|
|
|
|
|
president umno pe citer sekarang ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Senangnya cakap kan. Makan kacang lagik susah kena kopek2 kekdahnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Pm malaysia suh jihad ekonomi, ssjkp arah tutup semua kedai masa raya.. |
|
|
|
|
|
|
|
mulakan dengan potong gaji menteri dan pecat saja mana mana menteri yang tak berguna...yang tak pernah pun kelihatan....tu langkah pertama..kepimpinan melalui teladan,,bukan suruh rakyat yang buktikan..bagaimana Mail...setuju ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Nak follow rakyat sri lanka berjihad?  |
|
|
|
|
|
|
|
eh eh why rakyat yang kene sama-sama pulihkan..menteri2 banyak2 bergaji besar tu lahh kene dok bawak berdiscuss what to do
|
|
|
|
|
|
|
| |
|