CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 463|Reply: 1

[Tempatan] Jualan borong dan runcit negara tertinggi sejak 2013

[Copy link]
Post time 10-7-2022 05:54 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 9-7-2022 01:55 PM

Jualan borong dan runcit negara tertinggi sejak 2013


-GAMBAR HIASAN


  • Oleh SHAFIQAH SHUKOR
  • 9 Julai 2022, 11:30 am















PETALING JAYA: Walaupun berdepan tekanan inflasi, jualan perdagangan borong dan runcit negara mencatatkan rekod baharu pada Mei dengan pertumbuhan 19.9 peratus tahun ke tahun kepada RM129.8 bilion, jumlah tertinggi bagi Mei sejak 2013.

Mengikut statistik Jabatan Perangkaan Malaysia, momentum itu dikekalkan dari Mac yang mencatat peningkatan 9.8 peratus.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan bagi perdagangan borong dan runcit pada Mei disumbangkan oleh subsektor perdagangan runcit yang meningkat RM13 bilion atau 29.9 peratus kepada RM56.3 bilion.

“Perdagangan borong juga berkembang dengan 11.7 peratus atau RM6.3 bilion kepada RM59.6 bilion. Dalam tempoh sama, kenderaan bermotor menokok 20.1 peratus atau RM2.3 bilion kepada RM13.9 bilion.

“Secara umumnya, peningkatan keseluruhan RM21.5 bilion atau 19.9 peratus dalam perdagangan borong dan runcit disebabkan oleh penarikan semula sekatan pergerakan yang dikenakan semasa pandemik Covid-19 yang membolehkan sambutan Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah dan istimewa di seluruh negara.

“Bagi perbandingan bulan ke bulan, nilai jualan perdagangan borong dan runcit meningkat 1.4 peratus disumbangkan oleh subsektor perdagangan runcit 5.1 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Bercakap mengenai prestasi mengikut subsektor, beliau berkata, pertumbuhan subsektor perdagangan runcitdisokong oleh jualan runcit di kedai bukan pengkhususan yang meningkat 36.3 peratus atau RM5.5 bilion kepada RM20.7 bilion.

Jelasnya, kumpulan lain dalam subsektor itu turut mencatatkan pertumbuhan positif iaitu jualan runcit di kedai pengkhususan 30.8 peratus, jualan runcit bahan api kenderaan (54.6 peratus),

jualan runcit barangan isi rumah (23.7 peratus), jualan runcit makanan, minuman dan tembakau (21.4 peratus), jualan runcit barangan kesenian & rekreasi (20.1 peratus), jualan runcit peralatan informasi & komunikasi (8.0 peratus), jualan runcit bukan di kedai, gerai atau pasar (27.0 peratus), dan jualan runcit di gerai dan pasar (24.0 peratus).

“Bagi perbandingan bulan ke bulan, jualan subsektor ini meningkat 5.1 peratus. Sumbangan utama kenaikan itu direkodkan oleh jualan runcit bahan api kenderaan dan jualan runcit di kedai pengkhususan masing-masing sebanyak 10.1 peratus dan 5.6 peratus.

“Bagi subsektor perdagangan borong, kenaikan 11.7 peratus disumbangkan oleh jualan borong barangan isi rumah dengan peningkatan 22.1 peratus atau RM2.2 bilion kepada RM11.9 bilion.

“Antara kumpulan yang menyumbang kepada peningkatan ini ialah lain-lain pengkhususan jualan borong 8.8 peratus, jual borong bahan mentah pertanian dan haiwan hidup (17.7 peratus),

jualan borong makanan, minuman dan tembakau (7.4 peratus), jualan borong jentera, peralatan dan bekalan (10.1 peratus), jual borong berdasarkan kontrak atau yuran (12 peratus) dan perdagangan borong tanpa pengkhususan (3.8 peratus),” katanya. – UTUSAN





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2022 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Peningkatan berlaku kerna peningkatan harga ke peningkatan volume barangan tersebut.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.407933 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list