CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 947|Reply: 11

[Tempatan] ‘Tolong tambah lagi klinik komuniti’

[Copy link]
Post time 10-7-2022 10:08 AM | Show all posts |Read mode

Salah sebuah klinik komuniti yang terdapat di sekitar kejiranan di Melaka.

‘Tolong tambah lagi klinik komuniti’

PETALING JAYA – Kenaikan caj rawatan dan ubat-ubatan di klinik swasta yang semakin hari semakin mahal telah menyebabkan ramai mula berkira-kira untuk mendapatkan rawatan.

Orang ramai mendakwa terpaksa ke klinik swasta berbanding ke klinik komuniti bagi mendapatkan rawatan kerana tempoh menunggu adalah lebih singkat.

Selain itu, bilangan klinik komuniti juga sangat terhad memaksa ramai tiada pilihan me­lainkan ke klinik swasta yang mengenakan caj yang tinggi.

Tinjauan Kosmo! Ahad di sekitar Lembah Klang semalam mendapati, rata-rata rakyat mengeluh dengan caj ‘cekik darah’ yang dikenakan itu.

Seorang penjawat awam, Norhidayah Ali, 28, berkata, dia sering ke klinik swasta untuk mendapatkan rawatan kesihatan kerana tidak mahu menunggu lama di klinik komuniti.

“Saya pernah menerima rawa­tan untuk sakit demam dan batuk dengan bayaran sehingga RM200 untuk sekali rawatan, sangat mahal,” ujarnya.

Norhidayah mengakui, kenaikan harga rawatan pemeriksaan kesihatan di klinik mahupun hospital swasta semakin tinggi sehingga membebankan dirinya.

Sementara itu, seorang ibu tunggal yang mahu dikenali sebagai, Fauziah, 44, meminta Kementerian Kesihatan menambah klinik komuniti di Malaysia bagi meringankan beban rakyat.

“Klinik kesihatan ini senang, rakyat perlu bayar RM1 untuk semua jenis penyakit. Rawatan diberikan juga sama seperti klinik-klinik swasta yang lain tetapi klinik perlu lebih banyak lagi.

“Klinik kesihatan sentiasa sesak sampai waktu menunggu dapatkan rawatan dan ubat sehingga 6 jam. Lama nak tunggu kalau kita sakit,” jelasnya.

Bagi seorang pekerja swasta, Faruk Ibrahim, 44, pula, menjelaskan kewujudan klinik kesihatan sememangnya dapat membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan rawatan perubatan.

“Ekonomi sekarang kurang baik. Kalau selagi kita boleh kurangkan kos untuk biayai perubatan, kita cuba,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Kedah, Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, ramai yang mengeluh terutama­nya golongan berpendapatan rendah kerana terpaksa membayar kos yang agak tinggi untuk mendapatkan rawatan.

“Seperti kita tahu, keada­an sekarang berbeza sebelum wabak Covid-19 melanda, ramai yang mudah sakit seperti demam dan batuk sehingga terpaksa mengunjungi klinik berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

“Sekiranya klinik kesihatan kerajaan ditambah, ia dapat memudahkan dan meringankan beban masyarakat yang memerlukan rawatan,” katanya.

Kosmo! kelmarin melaporkan ramai ibu bapa terpaksa guna ubat lama kerana tidak mampu dapatkan rawatan di klinik swasta yang semakin mahal.

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... gi-klinik-komuniti/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2022 10:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Dolu ada banyak kan klinik begini...
Iols pernah pergi yang kat putra perdana sebab anak.iols terlalu lasak sangat sampai koyak kulit kepala.sikit..terlanggar kerusi besi..
Mujur ada dekat situ...MA gam kan koyakan kulit kepala tu je...hoho....
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dua_chzy at 10-7-2022 02:21 AM

Akak tak mau klinik komuniti. Akak mau hospital pakar sebijik di daerah akak. Mampo ker?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 10:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Pehtu:

1. Mentah health facility
2. Sekolah pendidikan khas prasekolah, rendah dan menengah
3. Sekolah pemulihan akhlak
4. Sekolah teknik/vokasional
5. Sekolah seni

Di setiap daerah di dalam Sabah ini.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 11:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon @caprut mencemar duli utk mberi sepatah dua komen
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 11:36 AM | Show all posts
U means klinik 1 Malaysia kah?

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2022 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
2 things yg aku bsyukur waktu najib dok kt tapuk pemerintah. UTC & klinik 1M. Byk bjasa klinik 1M tuh. Kt mana2 pn ada,org xramai & byq singgit utk menda simple2 even cuci2 luka.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Smalam bwk ank p klinik privet dpt 4jenis obat hanya rm48. Murah latu. Akk yg caj smpai 200 tu mesti p klinik outpatient kt medical centre mcm kpj tu. Hat tu mmg la ratus2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2022 12:11 PM | Show all posts
Edited by mojarean_X at 10-7-2022 03:48 PM

iols harap ada pemimpin yg prihatin spt Najib hal2 begini. mungkin najib dilahirkan di kalangan golongan bangsawan, tp dia alert keperluan golongan2 bawahan walaupun terpalit skandal 1mdb.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 02:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 10-7-2022 11:44 AM
Smalam bwk ank p klinik privet dpt 4jenis obat hanya rm48. Murah latu. Akk yg caj smpai 200 tu mesti ...

Haah iols pi klinik private 3 ubat rm50 sajok.. ok what
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 10-7-2022 12:11 PM
iols harap ada pemimpin yg prihatin spt Najib hal2 begini. mungkin najib dilahirkan di kalangan golo ...

Prihatin tahik kuceng. Klinik 1M tu takat dispense ubat batuk demam selesema not even sama level dgan klinik private cikai2 yg boleh jahit luka or even dpt suntikan typhoid. Ujong2 kena tolak pergi klinik kesihatan jua. Lg bagus bukak farmasi 1Malaysia jah kalau setakat nk dispense ubat2 sedehh. Kedai runcit 1Malaysia pun lingkup bertahan setahun dua jah di zaman oneemdeebee.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 10-7-2022 11:30 AM
Mohon @caprut mencemar duli utk mberi sepatah dua komen

Benci bnci dgn staff KKM tp nk jugak harapkan subsidi kesihatan. Pastu buat2 bodoh kejap. Kalau ada thread staff KKM layan acuh tak acuh 100 muka surat tak habes cerita pasal pengalaman dorang.

Knp tk suruh hapuskan klinik/hospital gomen pastu tambah kan lg fasiliti kesihataan swasta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.058499 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list