PETALING JAYA: Pelawak terkenal, Harith Iskander membidas tindakan seorang wanita didakwa menghina Islam ketika berkomedi di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail.
Menyifatkan ia sebagai ‘tidak lawak langsung’, Harith berkata, tindakan wanita itu mempersenda Islam dengan menanggalkan pakaian dan tudung ketika membuat persembahan sangat tidak patut.
Menurut Harith, wanita tersebut bukan seorang pelawak malah, apa yang dipersembahkan juga tidak menggambarkan komedi berdiri meskipun ia dibuat di pentas kelab komedi.
“Dia boleh sahaja ke restoran dan mendakwa dirinya sebagai chef. Kemudiannya, memuat naik video masakannya sambil memuji dirinya pandai memasak.
“Mungkin sebab tindakannya itu, orang boleh cakap dia chef tak bagus dan disenarai hitam. Tak semua chef bodoh.
“Hanya satu atau dua sahaja begitu. Situasi sama juga dengan tindakannya di kelab komedi berkenaan,” kata Harith di Instagramnya.
Polis hari ini telah melakukan tangkapan terhadap wanita berkenaan dan suspek kini direman tiga hari bermula hari ini.
Dalam video berdurasi 54 saat yang tular di media sosial, wanita berusia pertengahan 20-an itu yang pada mulanya bertudung dan memakai baju kurung mendakwa dirinya telah menghafaz 15 juzuk al-Quran sebelum menanggalkan pakaian hingga mencolok mata.
Susulan daripada kecaman ramai, pengurusan kelab komedi, Crackhouse Comedy Club (CH), mengutuk sekeras-kerasnya tindakan wanita itu yang didakwa menghina kesucian Islam menerusi perbuatannya.
Mengulas lanjut, Harith berkata, dia sudah 32 tahun melakukan komedi berdiri secara profesional, malah, kerjaya berkenaan sudah sebati dengannya.
Kata Harith, persembahan dicipta dengan cara tersendiri serta tugasan tersebut memerlukan kebijaksanaan dalam menampilkan lawak jenaka yang bijak.
“Benar, ketawa penawar duka. Bagaimanapun, saya tengok wanita ini sangat menyakitkan dan tak lawak langsung apa dipersembahkan,” katanya.
Harith turut mengulas persoalan ramai mengenai kenapa kelab komedi berkenaan membenarkan wanita itu membuat persembahan.
“Ia ‘open mic comedy night’ yang juga acara terbuka dengan memberi peluang kepada sesiapa nak jadi pelawak.
“Jika ada 1,000 orang menyertainya termasuk wanita ini, 999 tidak mental sepertinya. Wanita ini mahu lakukan kejutan, sekali gus mengundang perhatian ramai,” katanya.
Tambahnya, kebanyakan pelawak di Malaysia tidak akan melakukan hal tersebut dan dalam masa yang saya mengingatkan semua pihak untuk tidak ‘pukul rata’ dengan tindakan wanita berkenaan.
“Wanita ini perlu bantuan. Harap ‘ubat’ boleh digunakan untuk menonton persembahan komedi berdiri atau tak payah tengok langsung,” kata Harith penuh sinis.
sama2 tak kelakar... tapi cikki tu lagi la tak kelakar langsung... nampak macam badut je atas pentas... baik la dia pergi masak nasik ke atau sental kulit2 pakai berus dawai periuk bagi bersih sikit...
Post time 10-7-2022 11:50 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ntahlah pak Harith…mcm x nmpk sincere cara he condemn that stripper. Tgk org islam lain condemn siap ada intipati agama & nasihat.
Bila liberals bersuara, nmpk mcm nk jaga hati pihak dia gak.