CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 718|Reply: 6

[Politik] Sabah & Sarawak tak mahu 'Perjanjian Malaysia' baharu- Shafie Apdal

[Copy link]
Post time 10-7-2022 09:00 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR : Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menegaskan bahawa prinsip yang tertakluk dibawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) perlu dipegang dan dilaksanakan dalam meningkatkan hubungan antara Semenanjung serta negeri Sabah dan Sarawak.

Ini kerana jelasnya, perjanjian yang ditandatangani oleh Bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman bukan berasaskan keputusan yang dibuat semalaman, tetapi telah melalui banyak rundingan dan dipelajari dengan teliti.

"MA63 ialah perjanjian antarabangsa yang didaftarkan dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 21 September 1970 di bawah Perjanjian bernombor 10760.

"Untuk menukar perjanjian itu, ia memerlukan persetujuan Sabah dan Sarawak serta pindaan Perlembagaan Persekutuan perlu diluluskan dengan sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen.

“Tambahan pula, perubahan dalam MA63 hanya boleh dibuat dengan perundingan dan persetujuan pihak-pihak yang menandatanganinya pada 9 Julai 1963,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Justeru, beliau menolak syor pembentukan Perjanjian MA63 yang baharu seperti yang dicadangkan oleh Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Mohamad Hasan semasa Konvensyen Barisan Nasional (BN) Sabah pada 2 Julai lalu.

“Hanya laksanakan perjanjian itu sepenuhnya. Itu yang dimahukan oleh rakyat Sabah dan Sarawak selama ini.

"Mereka tidak mahu perjanjian baharu. Saya amat kecewa dengan rakan-rakan pemimpin Sabah yang sanggup berkompromi berkenaan hak asasi rakyat Sabah untuk melindungi kepentingan politik mereka.

"Daripada berkompromi, mereka sepatutnya menuntut (dasar) MA63 dihormati dan dilaksanakan sepenuhnya,” kata beliau.

Tambah beliau, kegagalan untuk menunaikan janji itu akan menghakis kepercayaan, menghancurkan keyakinan, integriti dan akan memecah belahkan hubungan antara Semenanjung dan negeri Sabah dan Sarawak.

Astro Awani




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-7-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Sayang Sapi pedal ni banyak buat taik masa dalam Umngok dulu.

Vision dia ni actually boley tahan.
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts

"Mereka tidak mahu perjanjian baharu. Saya amat kecewa dengan rakan-rakan pemimpin Sabah yang sanggup berkompromi berkenaan hak asasi rakyat Sabah untuk melindungi kepentingan politik mereka.

"Daripada berkompromi, mereka sepatutnya menuntut (dasar) MA63 dihormati dan dilaksanakan sepenuhnya,” kata beliau.


Ini betul. Jeffrey Kitingan pun dah diam2 sejak jadik kerajaan jadik muntri. Sundal ko Gapari. Dulu bukan main bising nak tuntut itu ini. Mana suara ko sekarang?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2022 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak apa lagi laaa
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 02:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Nk tau jgk ape isi2 MA63 tapi mls nak cari. Sape rajin spoonfeed pls?
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2022 02:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh jah bah kalau kau, Encik Sabah Nur tersenyum sinis, ooops terlebih sudah, kau rasa? Oren? Malu apa bossku?

kamek kitak kamek kitak, kamek nyambut madah tuan hulurkan, kitak nyambut madah kamek hulurkan, ini semua salah awak! tersenyum sinis

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-7-2022 02:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Sarawak dah minta untuk jadikan english sebagai bahasa pengantara rasmi di sekolah. Lepas tu bergaduh dengan haji hadi yg kata Sarawak ni pemikiran zaman kolonial. Sarawak balas balik,hadi katak bawah tempurung. Padan muka.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.125121 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list