CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 380|Reply: 1

[Tempatan] 3,264 kes Covid-19 dilaporkan semalam

[Copy link]
Post time 11-7-2022 10:11 AM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan.

3,264 kes Covid-19 dilaporkan semalam

PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 3,264 kes semalam termasuk lima kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,558,170 setakat ini.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 2,703 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan pulih daripada Covid-19 sebanyak 4,524,281.

“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,326 diikuti Kuala Lumpur (847), Perak (230), Sabah (208), Pulau Pinang (144), Negeri Sembilan (131) dan Putrajaya (84).

“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Johor (75), Melaka (62), Sarawak (47), Pahang (38), Kedah (37), Kelantan (14), Terengganu (12), Labuan (5) dan Perlis (4),” kata maklumat itu tadi.

Dalam perkembangan sama, sebanyak dua kematian dilaporkan dengan tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35, 811.

Jumlah kematian BID pula kekal sebanyak 7,593 setakat ini.

Sebanyak 34,659 kes dikuarantin di rumah, 24 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,156 kes di hospital, 17 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 26 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... dilaporkan-semalam/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-7-2022 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bolehlah akak tikam nombor ekor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.038888 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list