View: 1108|Reply: 10
|
[Dunia]
Singa kelaparan makan ekor sendiri
[Copy link]
|
|

Salah seekor singa ditemui dalam keadaan tidak mempunyai ekor. – Newsflash
Singa kelaparan makan ekor sendiri
BANDAR RAYA MEXICO – Pihak berkuasa Mexico menjalankan siasatan ke atas sebuah pusat perlindungan haiwan yang didakwa menganiaya binatang-binatang sehingga ada yang terpaksa memakan ekor sendiri, lapor akhbar Daily Star kelmarin.
Beberapa rakaman video di Yayasan Black Jaguar-White Tiger, Bandar Raya Mexico mengejutkan ramai kerana memaparkan keadaan haiwan-haiwan di situ yang dibiarkan tanpa makanan sehingga berada dalam keadaan kekurangan nutrisi.
Ada antara haiwan tersebut yang memakan anggota badan sendiri termasuk seekor singa yang memakan ekornya disebabkan mengalami kelaparan melampau.
Sebilangan daripada haiwan-haiwan itu berada dalam keadaan yang amat lemah sehingga tidak mampu berdiri selain ada yang badannya dipenuhi dengan kudis.
Pemilik pusat tersebut yang dikenali sebagai Eduardo Mauricio Moises dilaporkan menghilangkan diri selepas berita mengenai pusat perlindungan itu tersebar meluas.
Beberapa kumpulan hak asasi haiwan bertindak melaporkan mengenai yayasan itu, yang sebelum ini didakwa menyelamatkan haiwan-haiwan daripada kesengsaraan di pusat pembiakan dan sarkas.
Seorang aktivis haiwan, Arturo Islas Allende berkata, tempat itu kini di bawah pemantauan pihak berkuasa dengan pemiliknya menjadi pelarian yang dikehendaki polis.
“Yayasan itu tidak mempunyai sebarang dokumen atau permit sah,” katanya.
Siasatan pihak berkuasa menemui tulang-temulang yang dipercayai milik bangkai lebih 200 ekor harimau dan singa.
“Yayasan itu berkata bahawa mereka mempunyai 400 ekor haiwan. Namun berdasarkan kiraan pihak berkuasa, hanya 180 hingga 190 ekor sahaja yang ditemui. Ini bermaksud, hanya kurang separuh daripada haiwan-haiwan itu masih hidup,” kata Allende. – AGENSI
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... makan-ekor-sendiri/
|
|
|
|
|
|
|
|
dia xde link dgn akalbudi jahid ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
entah2 pekerja jenis yang suka makan benda2 pelik. dia kerat ekor singa buat sup ekor...  |
|
|
|
|
|
|
|
Awat aku tgk badan singa tu elok je tak kurus kering pun...tah2 ada yg pi mkn sup ekor singa |
|
|
|
|
|
|
|
Mai cari kt gerai seluruh Msia..yg ada menu sup ekor... |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya...sampainya hati |
|
|
|
|
|
|
|
Alahai kesiannya binatang2 tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Binatang ni kalau lapar dia akan mati gitu ja
Berapa banyak dah jumpa bangkai singa in the wild yang takde ekor? Mohong tak agak2
|
|
|
|
|
|
|
| |
|