CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 450|Reply: 0

[Tempatan] Penduduk Malaysia diunjur 41.5 juta menjelang 2040

[Copy link]
Post time 11-7-2022 05:40 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-7-2022 01:47 AM

Penduduk Malaysia diunjur 41.5 juta menjelang 2040






  • Oleh AHMAD FADHLULLAH ADNAN
  • 11 Julai 2022, 4:56 pm















PETALING JAYA: Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) mengunjurkan penduduk di negara ini mencecah sehingga 41.5 juta orang menjelang 2040.

Menurut DOSM, pertambahan penduduk itu akan merangsang peningkatan pengeluaran makanan dan perubahan diet turut menjadi faktor yang mempengaruhi jaminan bekalan makanan.

“Antara cabaran yang harus ditangani pada masa ini adalah keseimbangan antara keperluan jaminan bekalan makanan dan jumlah keluasan kawasan pertanian yang terhad serta kesan dari perubahan iklim,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, DOSM memaklumkan, Kuala Lumpur dan Putrajaya mencatatkan kepadatan penduduk tertinggi berbanding negeri lain-lain.

Katanya, ini kerana kedua-dua wilayah itu masing-masing merekodkan 8,157 dan 2,215 orang perkilometer persegi berbanding Malaysia yang cuma mencatatkan 98 orang perkilometer persegi.

“Penduduk Malaysia mencecah 32.4 juta pada tahun 2020 berbanding 7.8 bilion di peringkat dunia.

“Penduduk wanita mewakili 47.7 peratus di Malaysia. Pemerkasaan wanita penting bagi menggalakkan penglibatan mereka dalam pembentukan masa depan dan pembangunan sosial serta ekonomi negara.

“Kesaksamaan gender dan pemerkasaan wanita adalah matlamat kelima yang digariskan dalam Matlamat Pembangunan Lestari (SDG). Malaysia serius dalam memperkasa wanita dalam sektor pekerjaan menerusi sasaran 30 peratus penyertaan wanita dalam peringkat membuat keputusan baik di sektor kerajaan dan swasta,” ujar kenyataan itu. – UTUSAN





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:38 AM GMT+8 , Processed in 0.133256 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list