View: 628|Reply: 3
|
[Politik]
Kawasan Musang King dibalak ketika zaman Mukhriz
[Copy link]
|
|
Kawasan Musang King dibalak ketika zaman Mukhriz

Keadaan rumah penduduk yang terjejas akibat banjir lumpur di Kampung Iboi. - Foto fail NSTP
ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, menafikan Ladang Rakyat adalah projek gagal kerajaan di bawah pentadbiran Menteri Besar daripada PAS, Tan Sri Azizan Abdul Razak, dari tahun 2008 hingga 2013.
Beliau berkata, konsep ladang rakyat yang diperkenalkan oleh Azizan itu digagalkan oleh Menteri Besar selepas itu iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir kerana khuatir projek itu akan mengharumkan nama Azizan dan PAS dalam kalangan orang miskin.
Beliau juga mendakwa, kelulusan Ladang Hutan untuk tanaman getah jenis timber latex clon (TLC) berlaku pada zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada 2007.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor
"Pada zaman Ustaz Azizan (Menteri Besar ketika itu), ia bertukar konsep kepada ladang rakyat. Tender dikeluarkan untuk kayu balak dan buat pertama kali dalam sejarah, dapat harga RM11,000 hingga RM17,000 sehektar.
"Sempat tanam getah TLC seluas 162 hektar saja (fasa pertama) berkonsepkan ladang rakyat, membabitkan 300 peserta rakyat miskin dan pada 2013, kerajaan bertukar.
"Apa terjadi lepas itu, ladang rakyat dibatalkan, ada di tangan Mukhriz (dua kali) dan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah (2016). Sama seperti dia (Mukhriz) batalkan projek Maahad Tahfiz Sains di Pulau Tuba, alasannya supaya PAS tidak berkembang di Langkawi.
"Kawasan Musang King itu dipercayai dibalak di antara 2018 dan 2019," katanya.

Ladang durian Musang King di Gunung Inas. - Foto fail NSTP
Sebelum ini, media melaporkan Mukhriz menafikan dakwaan kerajaan Kedah pimpinannya sebelum ini mempunyai kaitan dengan projek ladang durian Musang King di Gunung Inas, yang dikaitkan antara punca tragedi banjir dan kepala air di Baling, Isnin lalu.
Kejadian itu mengorbankan tiga nyawa dan memusnahkan 15 rumah, selain beratus lagi kediaman rosak.
Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, di zaman pemerintahan Allahyarham Ustaz Azizan, tidak berbangkit sebarang isu mengenai Ladang Rakyat, apatah lagi Musang King, yang masih tidak dikenali.
Beliau berkata, tender balak berlaku di antara 2010 dan 2013, namun tebangan belum berlaku.
"Kalau betul mereka tidak setuju kerana hendak selamatkan alam sekitar dan Gunung Inas, mereka boleh batalkan tender dan Ladang Hutan TLC, bukan batalkan Ladang Rakyat dan tanam Musang King.
"Saya perlu semak dahulu dengan Jabatan Perhutanan Negeri Kedah (JPNK) tarikh yang tepat tender dan tebangan itu berlaku, seingat saya tender sahaja.
"Kawasan Ladang Hutan asal tidak termasuk Kompartment Lapan, yang menjadi punca air Sungai Kupang. Komparment empat, lima dan enam saja tak silap saya, apa pun saya perlu semak dengan JPNK dahulu," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... etika-zaman-mukhriz
|
|
|
|
|
|
|
|
Biasala politician malaysia, bkn nk cari solution, nk blame on someone je. Makin mundurrr lah kita dpt deorg ni tadbir negara |
|
|
|
|
|
|
|
rasuah
pengkhianat bangsa
tahi dadag
rakus dan gila kuasa
gila poen
semua rencah ada dalam politik
sooo what????? |
|
|
|
|
|
|
| |
|