|
KUALA LUMPUR: Penerimaan watikah Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia ditangguhkan ke suatu tempoh lain.
Satu sumber ketika dihubungi Utusan Malaysia berkata, ia sekali gus menolak dakwaan yang mengatakan Tajuddin digugurkan daripada jawatan Duta Besar berkenaan.
“Bukan digugurkan, hanya tangguh,” katanya ringkas ketika dihubungi, sebentar tadi.
Jawatan Duta Besar Malaysia ke Indonesia kosong sejak Zainal Abidin Bakar, yang dilantik pada 21 Mac 2019, bersara pada 4 April 2021.
Tajuddin sebelum ini juga pernah menyertai delegasi rasmi ketika lawatan kerja Ismail Sabri ke Indonesia bertemu Presiden Jokowi pada November tahun lalu. –
https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/penerimaan-watikah-tajuddin-ditangguh/
|
|