CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 810|Reply: 19

[Tempatan] Malaysia perlu kembali kepada landasan pembangunan, kata Najib

[Copy link]
Post time 12-7-2022 07:25 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 11-7-2022 03:26 PM

Malaysia perlu kembali kepada landasan pembangunan, kata NajibFMT Reporters -

July 12, 2022 12:09 AM





Najib Razak berkata Thailand telah mulakan projek kereta api berkelajuan tinggi dan kemajuan projek itu kini mencapai 12%.



PETALING JAYA: Malaysia perlu kembali kepada landasan pembangunan bagi mengelak ketinggalan berbanding negara jiran lain.

Bekas perdana menteri berkata, salah satu komponen penting dalam pembangunan negara ialah infrastruktur.

Lihatlah negara-negara jiran. Thailand telah mulakan ‘high speed rail’ dan akan sambung ke China. Kemajuan projek ini telah mencapai sebanyak 12%.

Dalam masa 5-6 tahun dari sekarang projek ini akan siap. Indonesia?

Mereka sedang buat ‘high speed rail’ dari Jakarta ke Bandung dijangka siap dan mula beroperasi dalam masa setahun lagi sahaja pada Jun 2023, katanya di Facebook.

Namun, Najib mempersoalkan di mana usaha Malaysia kerana katanya, sejak pemerintahan Barisan Nasional (BN) bertukar ke Pakatan Harapan (PH) banyak pembangunan infrastruktur termasuk projek kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dibatalkan.

Katanya, hanya kerana politik dan kebencian terhadapnya serta kepimpinan dan hala tuju yang tidak tepat ia dibatalkan.

“Hanya kerana satu pilihan raya, ke belakang habis kita. Hari ini watak-watak ini juga yang sembang kencang bahawa mereka banyak idea dan mahu keputusan PRU14 berulang.

“Saya amat bimbang. Hakikatnya, kita semakin ketinggalan. Negara-negara jiran pesat membangun,” katanya.

Ahli Parlimen Pekan itu berkata, merancang ekonomi bukan setakat manfaat hari ini, tetapi untuk masa depan.

“Pembangunan pesat bukan setakat generasi ini. Tetapi generasi demi generasi seterusnya. Apakah perancangan kita? Ke mana ekonomi kita?” soalnya.

Najib berkata, untuk itu negara perlu kembali kepada landasan pembangunan dan fokus semula kepada pembangunan.

Pada 1 Januari tahun lalu, perdana menteri ketika itu, Muhyiddin Yassin dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong dalam kenyataan bersama mengumumkan projek HSR sepanjang 350km ditamatkan, selepas kedua-dua negara gagal mencapai kata sepakat berhubung perubahan dicadangkan Malaysia sebelum perjanjian projek itu berakhir pada 31 Dis 2020.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2022 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
bayar cukai la dei. suruh anak2 ko bayar cukai diorang jugak
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 07:58 AM | Show all posts

Landasan Telan Duit

Edited by tumpanglalu74 at 12-7-2022 08:00 AM

Open tender beliyun2 tapi kos jota2 je.  Belennye kompeni tu kene sumbat poket kau, kan?  Vetol tuck?

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah ko buat project sesambil merembat memang la kena batal padahal kos sebenar lagi murah...Dasar perompak
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 08:45 AM | Show all posts
di zaman najib, nampak ketara malaysia rancak membangun

tapi terbantut setelah PH ambik alih, sampai lah sekarang PN ambil alih pon masih slow

kami dah sedar akan kebenaran ini

#najib4PM
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 08:47 AM | Show all posts
xy_daen replied at 12-7-2022 08:42 AM
Dah ko buat project sesambil merembat memang la kena batal padahal kos sebenar lagi murah...Dasar pe ...

kos sebenar setelah projek2 di downgrade kankankan?

takpe.. kami dah tahu fakta2 ni

DAP mana boleh tipu kami lagi dah

orang macam korang je masih kena kencing
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2022 12:26 PM | Show all posts
kalau ke arah pembangunan di luar bandar semua negeri I setuju la dengan you..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 01:37 PM | Show all posts
Alahai Pok Jib(yg kalah rayuan tu) & macai2 totok dia , tak habis2 dok ratib pasal downgrade

Isu sebenar ... LRT3 dapat kat George Kent

Business George Kent - buat pipes & fittings ... mana ada core competency untuk bangunkan LRT

Projek nilai berbillion , mobilisation cost kemungkinan beratus million dah ambil pastu rasa2 tak boleh buat bagi kat MRCB

MRCB nak kurangkan cost camno pasal depa masuk lepas semua ni terjadik

Ni catatan Dato Zaharin Yasin ... totok party asobiyyah tau :
Semalam Najib Razak  lancarkan LRT 3, dari  Sungai Buloh ke Shah Alam.. Perunding Projek  berikan kepada syarikat kilang buat meter air bernama George Kent dalam  hari yang sama George Kent  ditawarkan sebagai Kontrektor di MRT.

Mana dalam sejarah dunia.. dia perunding projek, dia tempat lain kontrektor dalam projek yang sama.. berbeza antara L dan M sahaja.. Hanya di Malysia.

Peliknya GK usahasama dengan CCCC, satu syarikat dari China yang disahkan oleh World Bank. sebagai syarikat penipu.
Rakyat Malaysia kena lagi dengan penyamun bersiri ni ....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2022 01:41 PM | Show all posts
ayo.. cakap tak tengok cermin ke Tok Jib
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 02:20 PM | Show all posts
sam1528 replied at 12-7-2022 01:37 PM
Alahai Pok Jib(yg kalah rayuan tu) & macai2 totok dia , tak habis2 dok ratib pasal downgrade

Isu se ...

mrcb ok lg ke?
ingtkan dh jd cm Zelan..

nama ada tp ntahla, team wujud ke tak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 03:19 PM | Show all posts
Edited by mojarean_X at 12-7-2022 03:23 PM
kemaruk replied at 12-7-2022 08:45 AM
di zaman najib, nampak ketara malaysia rancak membangun

tapi terbantut setelah PH ambik alih, sampa ...

abang letak #najib4pm tu betul ke rumours najib nk jd pm blk pru15 ni?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:13 PM | Show all posts
mojarean_X replied at 12-7-2022 03:19 PM
abang letak #najib4pm tu betul ke rumours najib nk jd pm blk pru15 ni?

zaman najib MRT siap on time dan on budget

takda masalah besar sampai hari ni

tetibe sampai PH memerintah, habis projek didowngrade jadi macam reban ayam

ujung2 salahkan kontraktor bagai, apa kena mengena ntah.. memang dah fakta stesen2 dan tren2 tu didowngrade

mujur downgrade je, bukannya dibatalkan terus macam canal city
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:20 PM | Show all posts
pencuri ni tak masuk lagi penjara
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:46 PM | Show all posts
SEBELUM PRU14.. acik2 sedang bersembang sesama sendiri

makcik 1 : aku nak UMNO kalah sebab aku nak najib masuk penjara kerana bunuh altantuya, kevin morais, tan beng hock, pengasas ambank etc

makcik 2 : ambo pulop nok tahu mano najib sorok MH370 dan ambo tahu MH17 ditembak sebab najib ado rahsio

pakcik 1 : saya cuma nak tahu mana pergi wang 1MDB sebanyak RM60 bilion yang najib songlap.. tengok tanah TRX tu cuma lubang kosong

pakcik 2 : pakcik pulak nak najib yang zalim tu tumbang sebab bini dia beli cincin kununnya menabung sejak lahir, pastu bini dia owner grab.. pakcik nak bawak teksi pon susah sekarang ni.. PH janji nak hapus tol, minyak jadi harga level venezuela, EPL percuma etc

SELEPAS PRU14

acik 1&2 : alhamdulillah akhirnya najib terbukti bersalah....

bangkem : ye ke najib dah terbukti bersalah atas dakwaan macam acik2 tuduh (fitnah) sebelum ni?

makcik 1 : eh ko tak baca newspaper ke.. kan najib dah bersalah songlap duit 1MDB tuuuuu

bangkem : najib cuma sangkut sebab TERpakai duit (yang diuruskan oleh pembantu) untuk beli sejadah, kain pelikat etc)

makcik 2 : eh samo la tu eh.. pencuri jugak tu


Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 04:49 PM | Show all posts
bukan projek LRT je dorang downgrade.. fitnah pon dorang downgrade

mula2 fitnah terhadap najib gempak2 semuanya

ujung2 alahai najib tak sengaja pakai duit yang meragukan je rupanya

cukup lerrr itu je yang sangkut..

semadi nadai kata orang dayak sarawak

fitnah2 yang lain buat2 lupa
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila penyamun ni nk masuk penjara ? Plg x pun usulkan hukuman mati jah pd perasuah. Dasar penyamun tak tahu malu. Sama lah dgan penyokong dia yg low IQ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2022 05:12 PM | Show all posts
Najib pekata ko dok 'dalam' dulu, nanti dah keluar baru tengok pembangunan Malaysia. Diri sendiri pun elak cukai lagi mau banyak cakap.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Indon pun nk pindah ibu negara gi kalimantan sbb djakarta akn tngelam.....celah mana ketapi dari china blh sampai bandung? Nak buat jambatan cross laut cina sltn ke? Najibun ni klau lalok pun paipon sorang2 dlm rumah jgn nyusahkan org lain blh x?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 08:18 PM | Show all posts
boleh.......pulangkan.................macam lagu ost harum sundal malam
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 08:37 PM | Show all posts
Ckp bnyklah, cukai byr dulu ye jib
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:23 PM GMT+8 , Processed in 0.067658 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list