CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 906|Reply: 5

[Politik] Kasut berharga 40 ribu adalah hadiah...kata MB Johor.

[Copy link]
Post time 12-7-2022 10:36 AM | Show all posts |Read mode
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini menafikan beliau telah membeli sepasang kasut yang berharga puluhan ribu ringgit.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata kasut itu adalah kurniaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

"Fitnah dan tohmahan perlu dihentikan. Untuk rekod, ini adalah kurniaan Kebawah Duli Tuanku Sultan.

"Ini bukan perkara baharu malah Kebawah Duli Tuanku ada juga memberi kurniaan kepada barisan exco kerajaan yang lepas dan kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi untuk sentiasa bekerja keras untuk rakyat," katanya menerusi hantaran itu.

Terdahulu, beberapa akhbar berbahasa Cina melaporkan isu kasut itu yang dipetik daripada akaun media sosial milik seorang individu mendakwa Onn Hafiz membeli kasut berharga ribuan ringgit sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warga netizen.
- Bernama









Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2022 10:43 AM | Show all posts
Edited by mojarean_X at 12-7-2022 10:45 AM

bg hadiah mahal2 pd penjawat awam harus dihentikan demi menjaga integriti mereka. walaupun x de niat lain takut disalahertikan dan berlaku konflik kepentingan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 12-7-2022 10:43 AM
buruk...bg iols pun iols x kan pakai. mungkin iols akan jual kalo betul berharga sangat

Company i pernah bagi luggage samsonite kot kat staffs as token.. Ada staffs yang jual balik kat black market..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 12-7-2022 10:43 AM
bg hadiah mahal2 pd penjawat awam harus dihentikan demi menjaga integriti mereka. walaupun x de niat ...

Bkn setakat hadiah mahal2 je... Budaya bagi kurma menjelang ramadhan, biskut raya menjelang puasa pun sama jugakk... Tak perlu. Even calendar or notebook.chop company pun tak perlu kalau tanya i...
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Eh bukan penjawat awam dah ada policy no hadiah ka?
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 11:31 AM | Show all posts
untung jadi ahli politaik.

mereka takde polisi tak boleh terima hadiah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:30 AM GMT+8 , Processed in 0.034795 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list