CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 401|Reply: 0

[Politik] Kasut kurniaan Sultan Johor, bukan beli - Onn Hafiz

[Copy link]
Post time 12-7-2022 01:00 PM | Show all posts |Read mode
Kasut kurniaan Sultan Johor, bukan beli - Onn Hafiz


ONN Hafiz menafikan membeli kasut bernilai puluhan ribu ringgit, sebaliknya ia adalah kurniaan Sultan Johor. FOTO tular & arkib NSTP

Johor Bahru: Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi hari ini menafikan beliau membeli sepasang kasut yang berharga puluhan ribu ringgit.

Menerusi hantaran di Facebook, beliau berkata, kasut itu adalah kurniaan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

"Fitnah dan tohmahan perlu dihentikan. Untuk rekod, ini adalah kurniaan Kebawah Duli Tuanku Sultan.

"Ini bukan perkara baharu malah Kebawah Duli Tuanku ada juga memberi kurniaan kepada barisan exco kerajaan yang lepas dan kepada pegawai-pegawai kerajaan negeri sebagai motivasi untuk sentiasa bekerja keras untuk rakyat," katanya menerusi hantaran itu.

Terdahulu, beberapa akhbar berbahasa Cina melaporkan isu kasut itu yang dipetik daripada akaun media sosial milik seorang individu mendakwa Onn Hafiz membeli kasut berharga ribuan ringgit sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada warga netizen.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ukan-beli-onn-hafiz

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-3-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.310603 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list