View: 2126|Reply: 11
|
[Dunia]
Pelajar disantau sampai botak, kurus kering kerana terlebih pandai
[Copy link]
|
|
Edited by JoyahMengayah at 14-7-2022 01:25 AM
Bila bercakap tentang sihir, sering kali perkara tersebut terjadi kepada golongan dewasa, namun berbeza untuk seorang gadis yang terpaksa berdepan dengan ujian yang cukup berat selepas disantau pada usia 14 tahun.
Tidur 30 minit sehari
Menerusi satu perkongsian video di Facebook milik Pratiwi Noviyanthi, Irma, 14 tahun terpaksa mengharungi dugaan disantau yang menyebabkan kesihatannya mula merosot sehingga lumpuh sepenuhnya sekitar tahun lalu.
Pada awalnya, Irma kerap kali berulang-alik ke pusat perubatan kerana mengadu badannya merasa kurang selesa dan keperitan, namun perkara tersebut tidak menimbulkan apa-apa syak wasangka kedua ibu bapanya.
Kemudian, keadaan badan Irma tidak beransur pulih, dan mereka membuat keputusan untuk berjumpa dengan perawat Islam
yang memaklumkan kepada mereka tentang kisah yang sebenar.
Akibat santau yang dihantar kepada Irma, badannya mula menjadi hitam, dan rambut mula gugur sehingga botak, dan Irma cuma boleh tidur selama 30 minit setiap hari.
Rakan iri dapat nombor 1
Selepas disiasat tentang asal usul santau yang dihantar, mereka mendapati bahawa santau tersebut dihantar rakan sekelas yang sebelum ini nombor 1 dalam pelajaran selama 6 tahun berturut-turut, namun rekod tersebut dipecahkan Irma.
Asbab iri hati, individu berkenaan menghantar santau kepada Irma yang kini telah merosakkan hampir 100% kehidupannya.
Irma dalam perkongsian video tersebut dilihat gagal menahan sebak memikirkan mengapa rakannya tergamak menganiaya dirinya.
Saya tak ada salah apa pun. Kenapa awak buat saya sampai macam ini? Saya nak jadi cantik macam dulu.
Berkat diruqyah seorang perawat Islam, keadaan Irma kini beransur pulih berbanding sebelum ini, termasuk tidak lagi berasa panas apabila mendengar ayat Al-Quran.
https://ohbulan.com/gadis-14-tahun-disantau-sampai-lumpuh-angkara-dapat-nombor-1-di-sekolah
|
|
|
|
|
|
|
|
Ndon ni memang lain level.
Dulu pernah dengar testimoni seorang abang ini. Ngaku blaja jadik dukun santet sedari kecik. Tak reti 3M namun karna ilmu hitam bisa nombor 1 adja di kelas sebab hada iblis bantuin heshe jawab soklan2 exam. Bila udah kertu dah bertaubat lalu dibuang semua ilmu2 hitam itu, nah terus lansung adja hilang juga segala pengetahuan 3M heols. Terpaksa belajar ABC, kira 123 merangkak2 seperti budak prasekolah di usia kertu. Jika abang tu buhung, buhung juga la post ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Siked Aku Tak Caye
Edited by tumpanglalu74 at 12-7-2022 02:11 PM
Selepas disiasat tentang asal usul santau yang dihantar, mereka mendapati bahawa santau tersebut dihantar rakan sekelas yang sebelum ini nombor 1 dalam pelajaran selama 6 tahun berturut-turut, namun rekod tersebut dipecahkan Irma.
Asbab iri hati, individu berkenaan menghantar santau kepada Irma yang kini telah merosakkan hampir 100% kehidupannya.
Irma dalam perkongsian video tersebut dilihat gagal menahan sebak memikirkan mengapa rakannya tergamak menganiaya dirinya.
Kawan2 forum sekelian, korang yang ponah kene potong dari dapat #1 pastu turon #2 kat sekolah, ade ke bersikap iri hati kat orang yang rampas tempat #1 korang tu? Demikian soklan bodow dari aku.
Selpie pon wat muncong itik dekk.. Boley tahan birah kau ye. Ontah2 ade ko wat salah kat sesape ke tup2 ko tembak kata kawan ko yang genius tu pulak dengki kat ko yang baru SEKALI tu je la pon dapat #1.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
gi lah buat medical check up
tak abih2 idop dalam mastika |
|
|
|
|
|
|
|
Dr Amalina tersenyum sinis! |
|
|
|
|
|
|
|
Kemaruk-Taikk replied at 12-7-2022 06:14 PM
Dr Amalina tersenyum sinis!
Pegi ko tag dia betoi2 kat Twitter.
Ye la, memang le kesian tengok. Sape la yang tak kesian pulak..
Dari segi saikologi, orang yang asek dok dapat #1 kat sekolah dia takkan heran ade orang lain pulak dapat sebab dia sendiri dah naik muak asek dapat. Dia hanye akan blame diri dia saje. Dia tau orang yang potong dia tu deserve dapat #1 sebab mesti la orang tu ade study berlipatgande dari dia. Logik la pon orang tu potong dia. Reminder to diri sendiri je la.
Pegi santau sorang, esok luse ade lagi yang potong tempat ko. Habes? Nak santau tiap2 kali kene potong ke? |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
teringat kt indon ada kes kawan bunuh kawan sendiri melalui racun dlm kopi yg di beri pd kawan yg malang itu... |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat pulak ms site tempat keje aku kn ruah mlm2.. deme lpskan antu deme .mencicit lari imigresen.. bab2 ni dia org kuat lg kan..x suka je mula la berbomoh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ntah2 ada skandal dgn laki org kot...tu yg kena santau |
|
|
|
|
|
|
|
ada staf kitorang dulu asyik la bgtau kena sihir...org dengki...etc etc..satu hari dah terlampau sakit br g spital..rupanya cyst dia dah membesar so kena ops |
|
|
|
|
|
|
|
entah la zaman pitenah ni tatau la sape yg betul. kot2 kawan yg turun no 2 tu kena pitenah jah. yg naik no1 ni yg nak santau tapi berbalik kat dia |
|
|
|
|
|
|
| |
|