Pihak Berkuasa Am Pengangkutan (GTA) menyediakan sejumlah e-skuter sebagai perkhidmatan percubaan bagi memudahkan pergerakan jemaah semasa menunaikan ibadah haji di Makkah.
Arab News
Saudi Gazette melaporkan, penggunaan e-skuter itu dapat mengurangkan masa pengangkutan jemaah haji semasa mereka bergerak dari Arafah ke Muzdalifah.
Perkhidmatan tersebut dapat memendekkan masa kepada 15 minit dari Arafah ke Muzdalifah.
Para jemaah yang akan menggunakan e-skuter perlu mengikut laluan yang ditetapkan bagi menjaga keselamatan mereka.
Saudi Gazette
Pihak berkuasa juga menyediakan pasukan khusus untuk mengajar jemaah haji tentang cara yang betul untuk menggunakan e-skuter.