CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 871|Reply: 10

Kertas Siasatan Dah Siap, Wanita Dan Kekasih Hina Islam Akan Dituduh Dalam Masa Terdekat

[Copy link]
Post time 12-7-2022 06:00 PM | Show all posts |Read mode
Wanita yang didakwa menghina agama Islam dalam satu persembahan di sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) baru-baru ini akan dituduh di mahkamah dalam masa terdekat selepas kertas siasatan terhadapnya dilengkapkan.


Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, pihak PDRM telah menyerahkan kertas siasatan itu kepada Pejabat Peguam Negara hari ini untuk menuduh suspek yang berusia 28 tahun bersama teman lelakinya.








“Kertas siasatan polis telah dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada hari ini dan telah mendapat arahan untuk menuduh suspek dibawah Seksyen 298A Kanun Keseksaan.


“Reman ke atas suspek yang tamat pada hari ini akan disambung sehari lagi sehingga esok.


“Manakala teman lelakinya pula akan dituduh dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.


Terdahulu, tular video berdurasi 54 saat memaparkan seorang wanita berpakaian sopan menanggalkan tudung dan pakaian ketika membuat persembahan stand up comedy (komedi solo) di sebuah kelab di TTDI, Kuala Lumpur, di sini.


Susulan insiden berkenaan, wanita berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Gasing, Petaling Jaya pada 9 Julai lalu dan direman selama tiga hari.


Manakala seorang lelaki dipercayai teman lelaki suspek turut ditahan selang sehari kemudian iaitu pada 10 Julai. Kedua-duanya ditahan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.




Sumber: KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2022 06:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Siasat skali Ryzal yg byk buat ‘lawak’ psl melayu & islam. Mentang2 ada 1/4 darah melayu, berani la nak sentuh sensitiviti melayu muslim ye dok. Cuba hang open mic psl kaum lain kt mesia, sure kene baling botol beer there & then.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
padan muka..dulu dorang buat hal kat Merdekarya..siap nak ugut2 bunuh bagai kalau x bagi perform..gila btoi kapel hanat ni...sumber twitter
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 09:31 PM | Show all posts
Apalah nasib diorang selepas ini
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak de kerja cari kerja dua ekor monyet ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 09:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Budak perempuan tu je kan yg provoke masa open mic.  Kenapa boyfriend dia kena sekali?  Ke dia ada kat stage juga?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2022 12:06 AM | Show all posts
ulamalu replied at 12-7-2022 09:58 PM
Budak perempuan tu je kan yg provoke masa open mic.  Kenapa boyfriend dia kena sekali?  Ke dia ada k ...

entoh.. kena tanya lawyer bab ni. mohon lawyers porem cari check in.kalau menurut google:

233. Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.

(1) Seseorang yang—
(a) dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian
atau perkhidmatan aplikasi secara sedar—
(i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
(ii) memulakan penghantaran,
apa-apa komen, permintaan, cadanganatau komunikasi lain yang lucah, sumbang,
palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati,
menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau
(b) memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi,
sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi
mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan
dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana
orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,
melakukan suatu kesalahan.

(2) Seseorang yang secara sedar—
(a) dengan menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi
memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang;
atau
(b) membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah
kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan (a),
melakukan suatu kesalahan.

(3) Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh
didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu
tahun atau kedua-duanya dan hendaklah juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap
hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.


Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 12:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Supersirap replied at 12-7-2022 09:31 PM
Apalah nasib diorang selepas ini

Minta suaka politik lah tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2022 12:11 AM | Show all posts
ulamalu replied at 12-7-2022 09:58 PM
Budak perempuan tu je kan yg provoke masa open mic.  Kenapa boyfriend dia kena sekali?  Ke dia ada k ...

mungkin,

perempuan tu pelaku, under 298a, kesalahan-kesalahan berkenaan dengan agama

boyfriend dia pulak tukang upload video, jadi under 233, akta komunikasi dan multimedia
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 08:41 AM | Show all posts
apa motif mamat sri lanka ni bagi rosak umat Islam di malaysia?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 02:09 PM | Show all posts
Tapi kan apa beza pelakon wanita yg tutup aurat bila berlakon tapi realitinya tidak?
Bukankah ini juga seolah2 menghina Islam? ujarku
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.087234 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list