CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 433|Reply: 2

[Dunia] Kerana satu kes, China kurung lebih 300,000 penduduk

[Copy link]
Post time 12-7-2022 09:22 PM | Show all posts |Read mode
Kerana satu kes, China kurung lebih 300,000 penduduk


Seorang lelaki berjalan untuk menaiki pengangkutan ke hotel bagi tujuan kuarantin di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong di China. - EPA

BEIJING: Hanya disebabkan satu kes COVID-19 dikesan, ratusan ribu penduduk diletakkan di bawah perintah berkurung di sebuah bandar kecil di China, hari ini.

Perintah itu dikeluarkan di bawah strategi ketat tiada tolerasi virus oleh Beijing, yang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan reda.

Setakat ini, China adalah ekonomi besar terakhir yang masih berpegang kepada dasar sifar COVID menerusi pelaksanaan kuarantin paksa, perintah berkurung segera dan sekatan perjalanan yang membebankan, sehingga merosakkan ekonomi dan menyebabkan ramai merungut.

Pihak berkuasa di beberapa wilayah turut mengenakan pelbagai sekatan bagi mengurangkan penularan baharu yang didorong varian Omicron yang mudah merebak.

Selepas melaporkan jangkitan domestik baharu, hab pembuatan keluli Wugang di wilayah Henan mengumumkan semalam, bahawa ia akan melaksanakan 'kawalan tertutup' selama tiga hari sebagai tindak balas kepada keperluan pencegahan penyakit, menurut notis rasmi.

Notis sama juga memaklumkan, tiada seorang daripada 320,000 penduduk di bandar itu dibenarkan menjejakkan kaki di luar rumah sehingga tengah hari Khamis dan menambah bahawa keperluan asas akan dihantar pihak berkuasa tempatan.

Penduduk tidak dibenarkan menggunakan kereta tanpa kebenaran dan mesti mendapatkan kebenaran rasmi untuk melakukan perjalanan di bawah keadaan 'gelung tertutup' sekiranya berlaku kecemasan.

Bandar itu menempatkan salah satu firma keluli terbesar China, Wuyang Iron & Steel Co, yang mengeksport ke Amerika Syarikat (AS), Jepun dan ekonomi utama Barat lain, menurut Bloomberg.

Hampir 250 juta rakyat di China kini berada di bawah beberapa jenis langkah kawalan virus, iaitu lebih dua kali ganda jumlah minggu lalu.

Wabak berterusan dan tindak balas rasmi yang tegas melemahkan harapan bahawa Beijing bersedia untuk beralih daripada sekatan kejam yang dilaksanakan awal tahun ini, apabila puluhan juta penduduk terkurung di rumah mereka, kadang-kadang selama berminggu-minggu.


Seorang petugas kesihatan memandu arah pengembara ke arah pengangkutan untuk ke hotel bagi tujuan kuarantin di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong di China. - EPA


Menurut Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan, negara itu merekodkan 347 kes domestik baharu hari ini, di mana lebih 80 peratus tidak menunjukkan gejala.

Kebimbangan semakin meningkat mengenai langkah pencegahan COVID yang lebih ketat di Shanghai, yang mengalami penutupan dua bulan pada awal tahun ini sehingga berlaku kekurangan bekalan dan protes terpencil.

Kebanyakan 25 juta penduduk bandar itu diarahkan mendapatkan dua ujian COVID antara Selasa dan Khamis, memandangkan angka kes harian terus berlegar pada dua digit.

Di wilayah Anhui timur, pihak berkuasa minggu lalu memaksa 1.7 juta orang diletakkan dalam perintah berkurung dan penduduk di satu daerah diarahkan menjalani ujian besar-besaran ke-15 hari ini. - AFP

Sumber:https://www.bharian.com.my/dunia ... bih-300000-penduduk

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2022 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Susah betui jadi penduduk sana..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2022 09:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Cukurlah leluhur yg dpt tinggal sini..tu pon ada hati nak bertuan tanah besar lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 09:09 PM GMT+8 , Processed in 0.103139 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list