CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 599|Reply: 6

[Dunia] Thailand buka semula pusat kuarantin Covid-19, Filipina berwaspada

[Copy link]
Post time 13-7-2022 12:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-7-2022 09:00 AM

Thailand buka semula pusat kuarantin Covid-19, Filipina berwaspada

SEJUMLAH katil yang disediakan untuk pesakit Covid-19 di pusat kuarantin di sebuah stadium di Bangkok, Thailand. - AFP


  • Oleh WARTAWAN LUAR NEGARA
  • 12 Julai 2022, 5:30 pm















BANGKOK: Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA) mengarahkan semua 50 pejabat daerah untuk menyediakan pusat kuarantin komuniti dan bekalan perubatan bagi menangani gelombang baharu Covid-19.

Menurut laporan Pusat Berita Anti-Berita Palsu Thailand, arahan dibuat susulan lonjakan pesakit Covid-19 di pusat bandar Bangkok.

“Pesakit yang tinggal di tengah-tengah Bangkok akan dipindahkan ke hospital di pinggir bandar ini.

“Penduduk yang didapati positif atau berisiko jangkitan Covid-19 boleh mendapatkan rawatan di pusat penjagaan kesihatan awam atau klinik komuniti berhampiran rumah mereka.

“Kemudahan kuarantin juga akan disediakan di semua daerah Bangkok, terutamanya dalam komuniti yang sesak,” menurut siaran itu.

BMA juga akan mengambil langkah menggalakkan kumpulan yang terdedah, termasuk warga emas, wanita hamil dan orang yang mempunyai penyakit kronik bagi menerima suntikan penggalak mereka secepat mungkin.

Setakat ini, Thailand merekodkan 4.5 juta kes jangkitan termasuk 30,885 kematian akibat Covid-19.

Sementara itu, di Filipina, Jabatan Kesihatan (DOH) mengingatkan orang ramai supaya tidak panik, sebaliknya berhati-hati untuk menghindari jangkitan coronavirus.

Timbalan Setiausaha Kesihatan, Maria Rosario Vergeire, berkata purata jangkitan harian baharu meningkat kepada 1,535 kes, lebih tinggi daripada 1,009 kes yang dicatatkan pada minggu sebelumnya.

“Hanya berdasarkan jumlah ini, kita dapat melihat bahawa kes semakin meningkat dan perlu berhati-hati,” katanya. Setakat ini, Filipina merekodkan 3.72 juta kes jangkitan Covid-19 termasuk 60,640 kematian.






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2022 01:11 AM From the mobile phone | Show all posts
sementara di Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 08:07 AM | Show all posts
lama tak bukak mysejahtera

bersawang dah kot
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
LoveSungmin replied at 13-7-2022 01:11 AM
sementara di Malaysia

Bebas ke sana ke mari, bercuti dalam dan luar negeri lepas tu merungut harga barang mahal.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 08:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Malaysia tersenyum sumbing
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 08:19 AM | Show all posts
hhmmm....start balik dahh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2022 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
adm7 replied at 13-7-2022 08:11 AM
Bebas ke sana ke mari, bercuti dalam dan luar negeri lepas tu merungut harga barang mahal.

well said!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.075691 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list