CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1858|Reply: 17

[Tempatan] Pencarum KWSP boleh guna Akaun 2 untuk beli perlindungan insurans

[Copy link]
Post time 13-7-2022 08:42 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 12-7-2022 04:43 PM

Pencarum KWSP boleh guna Akaun 2 untuk beli perlindungan insurans



KRISIS global telah menjejaskan pendapatan pelaburan KWSP. – GAMBAR HIASAN


  • Oleh Aznan Bakar
  • 12 Julai 2022, 12:04 pm















PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melancarkan platform i-Lindung di bawah Pelan Perlindungan Ahli untuk memudahkan pembelian produk insurans dan takaful yang merangkumi perlindungan hayat dan penyakit kritikal pada premium yang berpatutan daripada Akaun 2.

Tawaran perlindungan kepada ahli KWSP ini berkuat kuasa serta merta.
Ahli yang ingin membeli produk insurans dan menyertai produk takaful yang ditawarkan oleh syarikat insurans dan pengendali takaful yang diluluskan KWSP boleh melakukannya melalui platform i-Lindung yang terkandung dalam portal i-Akaun (Ahli) KWSP.

Syarikat  insurans dan pengendali takaful tersebut adalah FWD Takaful Berhad, Prudential Assurance Malaysia Berhad, Prudential BSN Takaful Berhad, Etiqa Life Insurance Berhad, dan Etiqa
Family Takaful Berhad.

Platform layan diri i-Lindung ini, yang boleh diakses pada bila-bila masa, membolehkan ahli mendapatkan maklumat produk sedia ada berserta harga, dan memperoleh sebut harga sebelum melakukan pembelian pada bila-bila masa, di mana jua.

Paparan tunggal polisi/sijil yang telah dibeli juga akan disertakan, seterusnya memudahkan ahli untuk merujuknya dengan pantas dan selamat.

Untuk nilai tambah, syarikat insurans dan pengendali takaful di platform i-Lindung mampu menyediakan perlindungan tambahan dan menyesuaikan harga produk mereka mengikut kemampuan ahli. Tiada pemeriksaan perubatan diperlukan.

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz ketika melancarkan i-Lindung KWSP hari ini berkata: “Menerusi Program Transformasi GLC yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan bagi memacu pemulihan dan pembinaan semula ekonomi negara pasca-pandemik melalui ekosistem Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC), salah satu aspek terpenting adalah pengukuhan perlindungan sosial, dan tanggungjawab ini telah diberikan kepada KWSP.

Setakat ini, strategi ini telah pun membuahkan hasil, di mana pendaftaran ahli baharu telah meningkat 57% kepada 146,000 ahli dalam suku tahun pertama 2022, manakala pencarum sukarela terkumpul di bawah program i-Saraan telah melonjak naik 77% kepada 599,000 orang.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir dalam ucapan pula berkata, Pelan Perlindungan Ahli ini merupakan satu lagi kejayaan KWSP yang menyediakan saluran perlindungan sosial dan keselamatan kewangan kepada ahlinya sekiranya berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

“Perlindungan melalui insurans/takaful merupakan antara komponen utama bagi kesejahteraan kewangan yang KWSP menggalakkan ahli untuk mendapatkannya bagi melindungi mereka daripada ketidaktentuan kewangan.

“Kemudahan i-Lindung amat bermanfaat untuk ahli KWSP untuk mendapatkan perlindungan insurans/takaful kerana pihak KWSP bersama-sama pihak syarikat insurans dan pengendali takaful ingin memastikan produk yang ditawarkan kepada ahli adalah pada kadar yang sangat mampu milik,” tambah Ahmad Badri.

Ahli di bawah umur 55 tahun yang mempunyai baki yang mencukupi dalam Akaun 2, merupakan warganegara Malaysia dan pengguna i-Akaun, layak untuk membeli produk di bawah i-Lindung.

Mereka yang berumur 55 tahun ke atas juga boleh membeli produk di bawah i-Lindung, dengan syarat mereka berada dalam lingkungan umur kelayakan produk berkaitan serta mengekalkan jumlah minimum RM100 dalam Akaun 55 atau Akaun Emas  mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai Pelan Perlindungan Ahli i-Lindung, sila rujuk saluran komunikasi rasmi KWSP melalui laman web www.kwsp.gov.my, atau hubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000. – UTUSAN





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2022 01:11 PM | Show all posts
terbaik! Nak tengok dulu apa jenis pelan perlindungan yang diorang tawarkan. Ingat yach, kalau ada penyakit, sila declare awal2 supaya tak berlaku masalah kelak terutamanya masa nak buat tuntutan agittew.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 01:22 PM | Show all posts
nk tnye btl ke blh kuarkn duit epf klu nk renovate umah?
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 01:39 PM | Show all posts
kelip2_07 replied at 13-7-2022 01:22 PM
nk tnye btl ke blh kuarkn duit epf klu nk renovate umah?

boleh utk buat rumah. kena tanah tu atas nama rmh atas nama sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 02:09 PM | Show all posts
kalau nak tlg industri lain, laju je approval eh..
premium blh byr mthly sikit2 apa masalahnya smpi nak kluar EPF...
bila pencarum nak guna sendiri duit, punyalah susah..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 02:13 PM | Show all posts
kelip2_07 replied at 13-7-2022 01:22 PM
nk tnye btl ke blh kuarkn duit epf klu nk renovate umah?

boleh~ tp apa requiremnet, tak sure la. dengaq kawan2 dk buat cmtu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2022 02:16 PM | Show all posts
Edited by nuralisa at 13-7-2022 02:35 PM
kelip2_07 replied at 13-7-2022 01:22 PM
nk tnye btl ke blh kuarkn duit epf klu nk renovate umah?

nak kuar epf gak..tapi nak bina rumah atas tanah sendiri ..
tapi tanah kat kg.. contractor pun kampung.. tapi adala agreement..
boleh x keluar duit EPF tu ...??
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 02:50 PM | Show all posts
Great Eastern x termasuk ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2022 03:01 PM | Show all posts
nuralisa replied at 13-7-2022 06:16 AM
nak kuar epf gak..tapi nak bina rumah atas tanah sendiri ..
tapi tanah kat kg.. contractor pun kamp ...

boleh try kot sebab ada agreement

Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 03:18 PM | Show all posts
rbmy replied at 13-7-2022 01:39 PM
boleh utk buat rumah. kena tanah tu atas nama rmh atas nama sendiri

ooo..tp nie bkn buat umah nk renovate jer
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 03:18 PM | Show all posts
aryyan replied at 13-7-2022 02:13 PM
boleh~ tp apa requiremnet, tak sure la. dengaq kawan2 dk buat cmtu.

ok tq
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 03:19 PM | Show all posts
nuralisa replied at 13-7-2022 02:16 PM
nak kuar epf gak..tapi nak bina rumah atas tanah sendiri ..
tapi tanah kat kg.. contractor pun kamp ...

kakak pn xpasti dikk..tp hrp2 blh la kn..semoga dipermudahkn urusan
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 03:27 PM | Show all posts
apa kata instead of bayar dividen, amik skit amoun pencarum then epf top up skit utk bayarkan insurans tu. tak yah nak tolong sgt syarikat insurance ni semua, mana ada syarikat insurance rugi...cuba tolong rakyat skit, asik tolong keparat je...itu pun takde idea..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
mcm mana nk apply. godek2x app xjumpak pon.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Herlina replied at 13-7-2022 02:50 PM
Great Eastern x termasuk ke?

X.  Tengok kat berita semlm ada etiqa (life insurance/takaful), prudential (life insurance/takaful) dan fwd takaful.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2022 09:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Agent2 insurance menangis hiba
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 06:39 AM | Show all posts
intan244 replied at 13-7-2022 07:03 PM
mcm mana nk apply. godek2x app xjumpak pon.

me :
betul ke pemahaman saya tu? ertinyai- lindung ni utk 1 tahun saja.
sekiranya saya nak repurchase? mcmanapula?
Ainur :
sekiranya puan mahu repurchase bolehrepurchase melalui kwsp juga
reourchase 30 hari sebelum polisitamat
me :
maaf nak tnya lagi. katakan saya belihari ini. dalam masa 30 hari sekiranya terjadi apa2 kat saya, saya bolehgunakan insurans ni kan.
dan katakan date saya beli 14.7.2022tamat pada 14.7.2023
dalam tempoh satu tahun ini sekiranyasaya CLAIM. selepas itu saya tidak boleh beli lagi insurans melalui i-lindungni betul ke maksudnya?

Ainur :
betul. puan hanya boleh membeli polisi 1 kali (one off) selepas claim.

Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 06:51 AM | Show all posts
gangerina replied at 13-7-2022 03:27 PM
apa kata instead of bayar dividen, amik skit amoun pencarum then epf top up skit utk bayarkan insura ...

House always wins!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:53 AM GMT+8 , Processed in 0.054333 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list