CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 419|Reply: 1

[Dunia] Ibu jual bayi biayai kos bedah hidung

[Copy link]
Post time 14-7-2022 09:09 AM | Show all posts |Read mode
Ibu jual bayi biayai kos bedah hidung

https://www.hmetro.com.my/utama/ ... ai-kos-bedah-hidung

Disiarkan pada: Julai 14, 2022 @ 6:30am

Agensi

WANITA yang didakwa menjual bayinya. FOTO Agensi

Moscow: Seorang ibu di Rusia didakwa atas kesalahan menjual bayi lelakinya yang berusia lima hari dipercayai bagi membiayai kos pembedahan hidung.

Mirror UK melaporkan, wanita berusia 33 tahun itu dari Kaspiysk, Dagestan, selatan Rusia yang tidak didedahkan namanya dipercayai menjual anak kandungnya itu dengan harga 2,900 pound sterling (kira-kira RM15,301).

Dia didakwa memberitahu rakan bahawa enggan menyimpan bayinya yang baru lahir.

Seorang jiran dilaporkan membantu menguruskan pasangan untuk membeli anak itu, lima hari selepas bayi berkenaan dilahirkan pada 25 April lalu.

Wanita itu menyerahkan bayi lelakinya untuk mendapatkan deposit sebanyak 274 pound sterling (kira-kira RM1,446).

Bukan setakat itu, wanita terbabit turut meminta bayaran 1,370 pound sterling (kira-kira RM7,228) sebagai syarat kepada ibu bapa angkat anaknya untuk meminta sijil kelahiran ketika bayinya memerlukan rawatan perubatan.

Wanita berkenaan memberitahu pasangan yang membeli bayinya bahawa dia tidak mempunyai pekerjaan, tempat tinggal atau wang langsung.

Dia juga memaklumkan pasangan itu mengenai hasratnya menggunakan wang hasil jualan bayinya membiayai kos pembedahan hidung dengan alasan mahu mendapatkan pernafasan lebih baik.

Belum sempat menerima baki wang, polis menahan wanita dan pasangannya atas tuduhan memperdagangkan manusia.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:27 AM GMT+8 , Processed in 0.044259 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list