CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 775|Reply: 4

[Tempatan] Elak penalti...serah borang e-Filing selewat-lewatnya 15 Julai.

[Copy link]
Post time 14-7-2022 09:52 AM | Show all posts |Read mode
SHAH ALAM: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) memberikan peringatan kepada semua pembayar cukai individu pemastautin yang mempunyai pendapatan perniagaan agar mengemukakan Borang B Tahun Taksiran 2021 mereka selewat-lewatnya pada atau sebelum 15 Julai 2022 melalui kaedah e-Filing.

LHDN dalam satu kenyataan pada Rabu memaklumkan, sehingga 31 Mei 2022, penerimaan Borang Nyata Cukai TT 2021 bagi pembayar cukai yang menjalankan perniagaan adalah sebanyak 166,869, yang mana sebanyak 165,673 diterima melalui kaedah e-Filing dan 1,196 melalui borang kertas (manual).

“Pembayar cukai adalah disarankan untuk mengemukakan Borang Nyata Cukai dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti lewat hantar borang dan kenaikan lewat bayar cukai.

“Pemprosesan bayaran balik cukai terlebih bayar sentiasa menjadi keutamaan LHDN dalam memastikan setiap pembayar cukai yang layak akan menerima bayaran balik cukai mereka dalam tempoh yang ditetapkan.

“Sehubungan itu, bagi membantu LHDN memproses setiap bayaran balik cukai terlebih bayar dengan lancar, adalah dinasihatkan agar semua pembayar cukai mengisi maklumat yang tepat serta terkini dalam Borang Nyata Cukai mereka,” menurut kenyataan itu.

LHDN menjelaskan, sebagai panduan berkenaan pengemukaan Borang Nyata Cukai ini, pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail Borang Nyata bagi tahun 2022 yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan.

Sebarang pertanyaan dan maklum balas berkaitan perkara ini boleh dikemukakan melalui Hasil Care Line di talian 03-8911 1000/603-8911 1100 (Luar Negara), HASiL Live Chat dan Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDN di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/serah-borang-efiling-selewatlewatnya-15-julai-ini-370928

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Najibun tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau yg tK penah daftar cukai plak cemana? Ramai yg buat ssm tp bisnes sendurina jelaa setahun dapat hasil tak sampai 10k pun.
Kene penalti juga ke bila dorang pi daftar cukai? Cth buat SSM tahun 2020 tp tahun 2022 ni hah baru nak daftar.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 11:21 AM | Show all posts
ada lagi ka..................
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 01:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 14-7-2022 10:13 AM
Kalau yg tK penah daftar cukai plak cemana? Ramai yg buat ssm tp bisnes sendurina jelaa setahun dapa ...

Cukai boleh dikatakan sebagai sesuatu yang wajib dibayar selagi kita bergelar rakyat sesebuah negara. Disebabkan itu, terdapat pelbagai jenis borang cukai, antaranya ialah borang B.
Maka, kami akan berkongsi maklumat penting yang berkaitan dengan isu berkenan.
Teruskan membaca untuk mendapatkan info penting mengenai borang B.
Apa Anda Perlu Tahu Tentang E-Filing
e-failing
Kalau sebelum ini, percukaian dilakukan secara manual tetapi sekarang, anda sudah boleh melakukannya di atas talian sahaja.
Menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pembayar cukai boleh mengakses sistem e-Filing melalui portal rasmi ezHASiL LHDNM mulai 1 Mac 2022.
Pengemukaan Borang Nyata Tahun Saraan 2021 dan Tahun Taksiran 2021 bagi Borang E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan TP sudah boleh mula menggunakan e-Filing.
Untuk mengakses e-Filing, anda perlu mempunyai akses ke ezHASiL terlebih dahulu.
Yang bagusnya, selain daripada e-Filing, laman web ezHASiL ini juga mempunyai semua e-Perkhidmatan yang disediakan oleh LHDN.
Pengguna perlu log masuk ke ezHASiL menggunakan sijil digital untuk menggunakan aplikasi-aplikasi ezHASiL.
Aplikasi e-Filing merupakan salah satu aplikasi yang memerlukan anda mendapatkan sijil digital tersebut.
Bagi yang pembayar cukai pertama kali, anda perlu dapatkan nombor PIN dulu melalui Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL.
Anda juga boleh dapatkan nombor PIN di kaunter cawangan HASiL.
Kalau terlupa kata laluan e-Filing, anda boleh set semula kata laluan secara dalam talian melalui emel atau nombor telefon berdaftar dengan HASiL.
Jika masih bermasalah, anda boleh menghubungi HASiL Care Line yang boleh didapati di laman web rasmi, HASiL Live Chat atau ke kaunter perkhidmatan HASiL yang terdekat.
Anda dinasihatkan untuk menghantar Borang Nyata dan membayar cukai pendapatan dalam tempoh yang telah ditetapkan.
Anda juga perlu pastikan semua dokumen yang diperlukan dikumpul, disusun dengan kemas dan disimpan sekurang-kurangnya untuk tempoh 7 tahun.
Antara dokumen yang anda perlu simpan adalah penyata pendapatan, resit, invois dan dokumen lain yang berkaitan dengan cukai pendapatan.
Apa itu Borang B?
borang B
Borang B merupakan borang percukaian pendapatan bagi mereka yang bermastautin di Malaysia dan menjalankan perniagaan dalam tahun yang ditaksir.
Di bawah Seksyen 4(a) – 4(f) Akta Cukai Pendapatan 1967, tidak kiralah perniagaan tersebut merupakan perniagaan tunggal mahupun perkongsian, anda perlu isi Borang B.
Ramai yang keliru di antara Borang BE dan B.
Perbezaannya adalah Borang BE adalah untuk individu yang punca pendapatannya adalah selain daripada perniagaan.
Anda tidak boleh laporkan pendapatan perniagaan anda menggunakan Borang BE.
Tapi anda boleh gunakan Borang B untuk laporkan pendapatan penggajian selain perniagaan tetapi digalakkan untuk menggunakan borang yang tepat untuk laporan penggajian iaitu Borang BE.
Bagaimana Untuk Mengisi Borang B?
Jika anda merupakan pemilik perniagaan, anda perlu ikuti langkah-langkah ini.

Daftar Nombor Cukai Pendapatan/Kemaskini Maklumat

Anda perlu daftar nombor cukai pendaftaran jika anda:
Individu bujang yang menerima penggajian melebihi RM34,001 setahun (selepas potongan KWSP)
Individu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun
Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)
Pekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)
Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai
Individu yang menjual/membeli hartanah
Pendaftaran nombor cukai boleh dilakukan secara atas talian melalui aplikasi e-Daftar atau secara manual di cawangan LHDNM terdekat.
Bagi peniaga, anda perlu pastikan anda mempunyai sijil pendaftaran perniagaan semasa melakukan e-Daftar.
Jika anda sudah berdaftar dengan LHDNM, anda perlu pastikan semua maklumat anda telah dikemaskini.
Antara maklumat yang perlu dikemaskini sekiranya terdapat perubahan adalah:
Alamat surat-menyurat/alamat kediaman
Alamat perniagaan (jika berkenaan)
Alamat e-mel peribadi
Nombor telefon untuk dihubungi
Nombor paspot (bagi individu bukan warganegara Malaysia)
Nama dan nombor akaun bank (jika berkenaan)
Taraf perkahwinan
Maklumat ejen cukai (jika berkenaan)

Lapor Pendapatan Tahunan

Sebagai pembayar cukai, anda bertanggungjawab untuk:
Mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) sama ada menggunakan borang kertas atau melalui aplikasi e-Filing;
Melaporkan pendapatan dan perbelanjaan, termasuk potongan dan rebat;
Mengira cukai pendapatan; dan
Menyimpan rekod, dokumen dan helaian kerja selama tujuh (7) tahun bagi tujuan pengauditan.
Penyimpanan rekod perniagaan amat penting kerana anda boleh didakwa di mahkamah.
Jika disabit kesalahan, anda boleh dikenakan denda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM10,000 atau dipenjara tidak kurang satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Bayar Cukai Pendapatan

Langkah yang terakhir adalah membayar cukai yang dikenakan kepada anda.
Maklumat bayaran yang diperlukan adalah :
Nombor cukai pendapatan
Nama dan nombor pengenalan
Tahun taksiran
Kod bayaran
Nombor ansuran
Jumlah bayaran
Resit pembayaran dan slip bank hendaklah disimpan untuk rekod serta rujukan.
Tarikh akhir pengembalian Borang B dan bayaran cukai bagi individu yang menjalankan perniagaan adalah sebelum atau pada 30 Jun setiap tahun.
Jika anda masih tidak pasti tentang borang B dan pembayaran cukai sebagai seorang individu yang berniaga, jangan risau kami ada penyelesaian untuk anda!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:43 AM GMT+8 , Processed in 0.126757 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list