CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 795|Reply: 9

[Tempatan] 18 Ikan ‘kayangan’ bernilai RM7,050 ditangkap di Sungai Jelai

[Copy link]
Post time 14-7-2022 11:16 AM | Show all posts |Read mode
18 Ikan ‘kayangan’ bernilai RM7,050 ditangkap di Sungai Jelai

https://www.utusan.com.my/nasion ... ap-di-sungai-jelai/

Oleh HARIS FADILAH AHMAD
14 Julai 2022, 9:37 am


AHMAD DANIAR Ismail menunjukkan ikan patin dan jelawat hasil tangkapan di Sungai Jelai berdekatan Kampung Kuala Medang, Lipis, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD

LIPIS: Pengurus restoran masakan tradisional Pahang, House of Patin, Kuala Lumpur, Ahmad Daniar Ismail, 46, teruja memperoleh hasil tangkapan ikan bernilai tinggi iaitu patin buah dan jelawat di Sungai Jelai berdekatan Kampung Kuala Medang di sini.

Sebanyak 14 ekor patin buah dan empat ekor jelawat dijala olehnya yang mana nilai pasaran kesemua ikan ‘kayangan’ itu berjumlah RM7,050.

Jumlah itu berdasarkan harga RM150 sekilogram untuk patin buah dan RM120 sekilogram ikan jelawat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Ahmad Daniar berkata, seperti kata orang-orang tua, ‘rezeki tidak salah alamat’, dia turun ke Sungai Jelai berdekatan kampung asalnya kira-kira pukul 7 pagi kelmarin untuk menjala ikan liar.

“Sebelum ini, saya pulang ke kampung di Kuala Medang untuk membeli ikan patin dan ikan liar Sungai Jelai daripada nelayan sungai untuk mengisi stok di Restoran House of Patin saya kerana sudah habis dimasak dan dijual kepada pelanggan di Lembah Klang.

“Baru-baru ini, saya sendiri turun menjala memandangkan air Sungai Jelai surut dan cuaca agak baik. Tidak menghampakan apabila memperoleh 14 ekor patin buah dan empat ekor ikan jelawat kira-kira dua jam menaiki bot gentian kaca,” katanya di sini.

Menurut Ahmad Daniar, dia bertuah apabila hanya dalam tempoh dua jam berjaya menjala ikan patin buah malah ibarat sebagai ‘bonus’ memperoleh ikan jelawat, iaitu antara ikan ‘kayangan’ yang banyak terdapat di habitat Sungai Jelai di daerah ini.

Katanya, dia tidak menunggu lama untuk memperoleh tangkapan pertama apabila hampir 20 minit jala ditebar lalu diangkat naik ke atas bot terdapat dua ekor patin buah yang meronta-ronta dalam jala.

“Tangkapan patin buah dan jelawat ini disimpan serta dimasak di restoran House of Patin kerana masih ada lagi pelanggan terdiri daripada warga kota yang membuat tempahan,” katanya.

Dia berkata, ikan patin buah dan ikan jelawat itu boleh dimasak campuran tempoyak dan stimbot untuk hidangan hampir 100 pelanggan. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 11:18 AM | Show all posts
ada ikan tapi tak tahu masak pun tak jadi juga
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 11:51 AM | Show all posts
Sebelum ni takde nelayan yg berjaya tangkap patin dan jelawat ke? Kenapa cerita dia berjaya tangkap patin dan jelawat kena jadi bahan berita?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 12:49 PM | Show all posts
ally9970 replied at 14-7-2022 03:51 AM
Sebelum ni takde nelayan yg berjaya tangkap patin dan jelawat ke? Kenapa cerita dia berjaya tangkap  ...

sebelum ni ikan tu dalam sangkar penternak.. bila terlepas sebab banjir, orang yang menjala la dapat hasilnya.. penternak pulak rugi beribu-ribu, penat-penat dia bela, orang lain tuai hasil..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 01:15 PM | Show all posts
soft marketing ke apa ni.... beria laahaaiiiii pengurus restoran turun sungai jala ikan...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 01:22 PM | Show all posts
Themilo replied at 14-7-2022 12:49 PM
sebelum ni ikan tu dalam sangkar penternak.. bila terlepas sebab banjir, orang yang menjala la dap ...

dan boleh claim ikan ni lebih mahal sebab "wild" not sangkar
so harga boleh cecah ratusannnnnnnn bila csutomer dispute harga
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2022 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by allshares at 14-7-2022 01:35 PM
ally9970 replied at 14-7-2022 11:51 AM
Sebelum ni takde nelayan yg berjaya tangkap patin dan jelawat ke? Kenapa cerita dia berjaya tangkap  ...


Actually patin sungai yg patin buah dan jenis tirus or muncung namanya tu mmg susah nk dpt tangkap. So kalau dpt bnyk2 tu agak pelik lah. Maybe patin sangkar yg terlepas? Dunno lah kena tgk n mkn dulu tau

Yg jelawat iols taktau lah maybe susah jgk kot nk dpt
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 01:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikan Jelawat ni yang juga dipanggil Ikan Sultan kan? Sebab mahal?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Dulu zaman 90an, patin sungai, jelawat ni bukanlah ikan yang susah nak dapat di tempat aiol.

Di tahun 2022, kalau dapat merasa setahun sekali pun dah cukup baik.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikn jelawat tu bkr kosong saja mkn cicah air asam sedap nk mampuihhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 10:37 PM GMT+8 , Processed in 0.096395 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list