CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1497|Reply: 14

[Tempatan] Kalau tak menipu bukan Najib namanya, dakwa bekas pegawai MITI

[Copy link]
Post time 14-7-2022 12:41 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Abahmung at 14-7-2022 12:58 PM

Isu Sulu: Berhentilah menipu Najib Razak
By NASUHA RAHMAN / July 14, 2022




“Kalau tak menipu bukan Najib namanya,” dakwa bekas pegawai Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) kerana bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mula menyalahkan kerajaan Pakatan Harapan berkenaan isu Sulu.

Menurut bekas pegawai MITI Liyana Marzuki, Najib Razak sebenarnya cuai dalam kes Sulu ini yang mana pada tahun 2017 ketika itu beliau sebagai Perdana Menteri langsung tidak pernah menghantar wakil peguam untuk rekod penghakiman kes ini.

Bahkan katanya, sehingga kes ini berlanjutan pada tahun 2018 pun Malaysia masih lagi tidak hadir membela kes.

“Masa tu, PM Malaysia masih Najib. Bukan Tun M.

“So, apa cerita ni Najib. Awak yang cuai dengan kes ni, dah salahkan orang lain pula.

“Tu sebab saya cakap, kalau tak menipu bukan Najib namanya,” kata beliau.

Terdahulu, Najib di facebooknya panjang lebar menyenaraikan kronologi isu Sulu bermula tahun 2013 yang mana beliau mendakwa kerajaan Pakatan Harapan menyokong untuk hentikan bayaran RM5,300 setahun kepada waris Kesultanan Sulu.

“Jenuh la team putar alam Najib spin dan spin lagi menipu kita. Tak habis-habis.

“Najib kata Sultan Sulu tidak pernah saman Malaysia pada zaman Najib. Saya dah bagi bukti kes saman bermula pada 2017 lagi. Ini mengikut rekod penghakiman kes.

“Pastu, dia oorang salahkan Kerajaan seterusnya kenapa tak pernah hantar wakil ke Mahkamah. Ni saya nak gelak,” kata Liyana lagi.

Isu Sulu kembali hangat diperkatakan selepas dilaporkan pewaris kesultanan Sulu telah merampas dua anak syarikat gergasi minyak Malaysia, Petronas yang diperbadankan di Luxembourg.

Waris kesultanan Sulu sebelum ini dilapor menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) daripada Malaysia melalui satu prosiding timbang tara antarabangsa di Madrid, Sepanyol.

Proses timbang tara itu dimulakan sebagai tindak balas kepada tindakan Malaysia memotong pembayaran pajakan tahunan sebanyak RM5,300 kepada kesultanan Sulu pada 2013.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 01:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Jibun kan suci murni
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 01:24 PM | Show all posts
parti sesuci embun pagi BN tak pernah silap okeh..apa2 jua bencana yg berlaku kat negara ni semuanya salah org lain..

Umngok sakau billion2 1mdb salah dapig
Umngok kalah kes bt putih salah dapig
umnok stop bayar duit sulu sampai kena saman salah DApiG
RM jatuh gedebuk  salah dapig
Barang mahal salah Dapig..


sila sambung..
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Cybertroopers 2-3 ekor dlm ni masuk lagi eh? Buat2 terlelap dlm gua letew
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 01:53 PM | Show all posts
semuanya krikk krikk dalam gua...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lama x nmpk @rashiman bersiaran sejak ura2 umngok nk naik rega ron 95
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-7-2022 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
"Kita kena baca keseluruhan konteks surat" katanya sambil berlalu pergi.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Liyana who?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Rajapaksa tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-7-2022 10:00 AM | Show all posts
dari twitter Azri Abdullah...

Menjawab Penipuan Najib Razak Berkaitan Sulu

1. Tiada siapa yang menafikan bahawa ada pencerobohan Lahad Datu tahun 2013 dahulu. Nyawa rakyat Malaysia yang terkorban masih kita kesal sehingga hari ini.

2. Namun begitu tindakan Najib Razak menghentikan pembayaran RM5,300 kepada waris Sulu yang sah (melalui keputusan Mahkamah Tinggi Borneo Utara) selepas isu pencerobohan tersebut adalah tidak cermat.

Kenapa tidak cermat?

Sebab adakah Malaysia pernah mendakwa bahawa serangan Lahad Datu tersebut dibuat oleh waris sah Sulu? Yang kita tahu ada serangan, tetapi di bawah BN - Najib, mereka tak pernah cari sampai lubang cacing siapa dalang serangan dan terus tamatkan pembayaran.

3. Kenapa kita kena bayar RM5,300 setahun kepada waris Sulu?

Ini adalah berdasarkan perjanjian 1878 membabitkan Sultan Sulu dengan Syarikat Borneo Utara. Sebab itulah Mahkamah Tinggi Borneo Utara pada tahun 1939 buat keputusan perlu ada bayaran 'penyerahan hak' sebanyak RM5,300

4. Najib Razak juga mendakwa bahawa PH sokong untuk hentikan bayaran tersebut dengan memetik MP Kota Kinabalu. Saya rasa Najib ini gila dan tak faham bahasa inggeris agaknya.

Laporan akhbar jelas menunjukkan bahawa MP Kota Kinabalu tanya "samada berhenti bayar sebab nak atasi masalah pencerobohan dan adakah duit tersebut akan digunakan untuk atasi masalah imigran di Sabah". Tiada kaitan langsung dengan setuju ataupun tidak.

5. Kenapa waris Sulu saman Malaysia?

Jawapannya ialah sebab Malaysia di zaman Najib telah menghentikan bayaran penyerahan hak tersebut. Alasan lain yang mereka berikan ialah mereka sebagai waris tak pernah serang Malaysia jadi kenapa hak bayaran mereka yang ditarik?

6. Dekat sini Najib Razak dah mulakan penipuan dia untuk memfitnah Pakatan Harapan. Katanya AG Tommy "luar biasa bodoh" apabila menulis surat kepada peguam Paul Cohen. Katanya AG Tommy tak sepatutnya mengakui untuk bayar wang tertunggak penyerahan hak tersebut.

7. Najib nak suruh Pakatan Harapan menipu macam dia ke? Bertahun-tahun Malaysia bayar wang penyerahan hak itu sampai 2013, kemudian takkan PH tiba-tiba nak claim tak kenal pula pihak waris Sulu yang menuntut tu?

8. Dalam surat yang sama, AG Tommy dah pertikaikan bahawa Malaysia tidak mengiktiraf saman timbang tara yang di bawa di Madrid. Malah yang dibuat oleh AG Tommy hanyalah menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Borneo Utara dan tawarkan untuk selesaikan bayaran penyerahan hak.

Itu sahaja. Malah di akhir surat pun diulang bahawa surat 2019 tersebut dalam apa jua cara tidak mengakui tuntutan timbang tara waris Sulu.

9. Najib tuduh pula masalah ini berlaku sebab AG Tommy dan PH tak hadir dan lawan kes di timbang tara Madrid. Macam mana nak hadir kalau Malaysia kekalkan pendirian bahawa itu bukan tempat yang sah atau forum yang tepat untuk selesaikan masalah ini.

Cara AG Tommy dan PH lawan ialah dengan menegaskan bahawa waris Sulu tiada hak pun untuk memulakan apa-apa arbitrasi.

10. Malah Malaysia kemudian telah cabar keputusan dan perlantikan penimbang tara Dr Stampa yang memberikan award kepada waris Sulu tersebut. Mahkamah Tinggi Sepanyol pun dah batalkan award tersebut. Usaha ini digerakkan oleh AG Idrus sekarang ini.

11. Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu dan putuskan bahawa apa-apa pertikaian melibatkan perjanjian 1878 tersebut didengar di Mahkamah Malaysia dan bukannya di mana-mana tempat timbang tara.

12. Lepas itu apa yang waris Sulu buat? Mereka larikan forum ke Perancis pula. Untuk lari daripada Sepanyol sebab mereka tahu Mahkamah Sepanyol dah cakap lantikan Dr Stampa yang keluarkan penghakiman tersebut tak sah.

13. Di Perancis inilah baru berlaku isu ada arahan untuk rampas aset Petronas di Luxembourg. Petronas pun dah keluarkan kenyataan semalam bahawa mereka dah tiada aset dekat negara tersebut lagi dan akui baru terima notis sahaja.

14. Jadi nampak dengan jelas bahawa waris Sulu ini cuba cari jalan untuk hidupkan tuntutan gila dengan lari ke sana sini. PH melalui AG Tommy dah nak selesaikan dengan tawar semula bayar bayaran penyerahan hak yang tertunggak. Tiada isu sesiapa jual negara dalam hal ini.

15. Yang senang makan umpan dan nak jadikan isu ini isu politik adalah Najib Razak sahaha nampaknya. Kenapa dia beriya-iya? Mungkin sebab dia dah tahu bahawa tindakah dia berhenti bayar kepada waris Sulu tahun 2013 itu adalah punca segala masalah ini.

16. Paling teruk lagi Najib cuba butakan mata semua dengan dakwaan bahawa Sulu ini hanya memulakan saman apabila kerajaan bertukar kepada PH pula.

Sedangkan saman waris Sulu ini dah mula sejak 2017 lagi.

17. Berhentilah menipu wahai Najib Razak
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 10:22 AM | Show all posts
menghitung hari.... detik demi detik....
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Najib ni mmg sial, dh buat taik ada hati pulak memekak kat fesbuk smbil menipu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 11:23 AM | Show all posts
Tunggu duta microchip penyimpan data masuk bagik secangkir dua hujah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 11:32 AM | Show all posts
Tak setel lagi ni

Dari Nur Misuari (boss MNLF): sumber
When he was in Jolo, Sulu, over the week, Misuari said that what he heard was that the group of the Crown Prince Rajah Muda Agbimuddin Kiram, younger brother of Kiram, crossed the sea to the island because they were allegedly promised to be settled in Sabah by Prime Minister Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak.

Misuari appealed to the prime minister to exercise prudence in dealing with the people of the sultan.

Kos kelibat Pok Jib(yg kalah rayian tu) yang dah & bakal hangus = ~ RM40 billion (1MDB) + ~ RM52 billion (kes sulu) = ~ RM100 billion

Terkumpul , duit rakyat dah & bakal hangus kelibat Pok Jib(yg kalah rayuan tu) = RM100 billion

Pikir2 lah masa mengundi ... untuk masa depan Malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 05:41 PM | Show all posts
Cash is king, king is rakyat kata bossku bugima…
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 07:02 AM GMT+8 , Processed in 1.193881 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list