CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 625|Reply: 4

[Dunia] Menuntut ilmu kebal lelaki sanggup mencuri 88 pasang kening, kelopak mata mayat

[Copy link]
Post time 14-7-2022 09:18 PM | Show all posts |Read mode
JAKARTA – Seorang warga emas bernama Sayuti dari Kabupaten Hulu Sungai Tengah, wilayah Kalimantan Selatan ditahan polis kerana didakwa mencuri 88 pasang kening dan kelopak mata mayat sejak dua tahun lalu, lapor laman Kompas, semalam.

Polis mengesyaki suspek telah mencuri daripada 44 mayat berdasarkan penemuan 44 pasang kening dan kelopak mata di rumahnya.

Sejurus selepas dicuri, Sayuti memberitahu,  dia akan mengeringkan setiap pasang kelopak mata dan kulit kening sebelum dibalut menggunakan kertas timah.

Tambahnya, kesemua 88 pasang kening dibaluti timah itu kemudian diletakkan ke  dalam beg plastik dan dibawa suspek ke mana-mana sahaja.

Sayuti berkata, dia mencuri kening dan kelopak mata mayat adalah untuk ilmu kebal daripada senjata tajam dan mengubati sakit misteri.

Dia tinggal bersendirian di Kampung Benawa Tengah dan tidak mempunyai pekerjaan tetap.

Modus operandi  Sayuti adalah berpura-pura solat berdekatan mayat semasa waktu ziarah.

Apabila ahli keluarga mayat sibuk melayan tetamu, dia menghiris kening dan kelopak mata mayat dengan pisau cukur dan segera meninggalkan lokasi kejadian.

Perbuatan Sayuti terbongkar selepas salah seorang ahli keluarga menyedari keadaan mata jenazah seperti melepuh dan melihat suspek meninggalkan lokasi dalam keadaan tergesa-gesa. – Agensi

https://www.kosmo.com.my/2022/07/14/lelaki-curi-88-kening-kelopak-mata-mayat-untuk-jadi-kebal/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Motip dah tua macam tu nak jugak ilmu kebal?
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 10:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Kebal kepalehotak.  Pegi test dengan parang tengok..  Tetak je tengkok dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 11:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Elfira Loy tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 11:48 PM | Show all posts
dah level atuk2 watpe nak kebal? mkn jahh vitamin C jenama berroca tuh... cukup kebal dah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:28 AM GMT+8 , Processed in 0.562097 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list