CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1101|Reply: 16

[Tempatan] Ubat mengandungi kanabis mula dibenar tahun depan

[Copy link]
Post time 15-7-2022 12:00 AM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 14-7-2022 08:02 AM


Ubat mengandungi kanabis mula dibenar tahun depan



KHAIRY Jamaluddin berbual bersama Duta Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, Michalis Rokas pada Majlis Laporan Kajian Persepsi Dadah oleh The Centre, di Menara Worldwide. KUALA LUMPUR. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON


  • Oleh OMAR ZIN
  • 14 Julai 2022, 1:15 pm















KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan membenarkan penggunaan beberapa produk perubatan mengandungi kanabis atau  ganja dikenali sebagai cannabidiol (CBD) pada tahun depan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat setelah kajian awal kementerian dan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) mendapati, terdapat bukti penggunaannya boleh membantu pesakit yang mengalami penyakit tertentu.

Bagaimanapun, katanya, produk CBD nanti hanya boleh digunakan bagi tujuan perubatan dan diperoleh melalui preskripsi doktor di klinik serta hospital sekali gus tidak boleh dibeli dari mana-mana pihak.

“Sekarang ini kita dalam proses untuk melihat dalam keadaan mana produk CBD boleh diberikan. Itu termasuk dalam kerangka kerja untuk kita laksana tahun depan.

“Bila bawa masuk CBD, ia tidak boleh dibeli di kaunter. Ia mesti melalui preskripsi. Bila dah ada produk di sini, doktor dah tahu macam mana nak bagi CBD. Tiada guna kita bagi kebenaran lesen untuk bawa masuk CBD tapi doktor tak tahu macam mana nak bagi preskripsi. Itu yang akan ambil masa sedikit. Jadi jangka masa tahun depan adalah realistik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika hadir dalam majlis Laporan Kajian Persepsi Dadah oleh The Centre.

Tambahnya, keputusan membenarkan produk CBD juga tidak perlu melalui mana-mana peruntukan akta mahupun kelulusan di Parlimen.

Dari segi kelulusan produk CBD, Khairy berkata, produk-produk akan diusulkan oleh syarikat-syarikat farmaseutikal dan dinilai NPRA sebelum didaftarkan pada tahun depan.

“Tetapi yang penting, kita kena tengok kesahihan produk itu, kena tengok data keselamatan dan keberkesanan untuk penyakit tertentu.

“Malah, dari segi pendidikan dan pendedahan saintifik juga perlu diberi kepada pegawai perubatan di Malaysia. Sebab buat masa ini kita melihat CBD secara preskripsi bukan untuk kegunaan sendiri dan jauh sekali kegunaan kanabis,” katanya.

Selain itu, Khairy turut mendedahkan bahawa terdapat ujian klinikal sedang dijalankan mengenai penggunaan CBD.

“Baru-baru ini saya ada berjumpa dengan beberapa penyelidik dari Universiti Malaya untuk melaksanakan ujian klinikal bagi penggunaan CBD bagi penyakit untuk situasi perubatan tertentu.

“Bila dah ada bukti dari segi ujian klinikal untuk penyakit tertentu maka akan bertambah penggunaan CBD yang boleh digunakan dan diberi oleh pegawai perubatan.

“Jadi pelbagai pendekatan digunakan, pendaftaran produk, kajian tentang produk yang akan didaftar, kita akan buka kepada semua untuk hantar usul nanti dan ujian klinikal oleh penyelidik di Malaysia tentang penggunaan CBD,” katanya.

Bagaimanapun, Khairy mengakui ada yang meminta beliau supaya membenarkan penanaman ganja di negara ini.

“Soal penanaman itu jauh lagi. Kita tengok dulu, kita ambil langkah demi langkah, langkah berhati-hati, mula-mula kita daftar produk CBD, kita tengok penerimaan doktor, penerimaan pesakit.

Sekiranya penerimaannya tinggi, selamat dan berkesan, barulah kita memikirkan soal penanaman.

“Ramai yang hantar usul nak buat ladang ganja dan sebagainya, tetapi kita belum sampai tahap itu. Satu demi satu, dan buat masa ini produk CBD hanya preskripsi doktor dan bukan boleh dibeli di kaunter,” katanya. – UTUSAN





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 12:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Dekat greece, dekat mana2 pun siap losyen ganja dijual openly utk anti aging skin uolzzz..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 12:25 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 15-7-2022 12:13 AM
Dekat greece, dekat mana2 pun siap losyen ganja dijual openly utk anti aging skin uolzzz..

Kalo dpt jual kat sini .awet muda la kita..hehehe..kalo pakai kat muka..urine test x sangkut kan..kang beria nk awet muda sangkut urine test lak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 12:28 AM | Show all posts
ina_na replied at 15-7-2022 12:25 AM
Kalo dpt jual kat sini .awet muda la kita..hehehe..kalo pakai kat muka..urine test x sangkut kan.. ...

tak sangkut kot, sbb its just a TOPICAL application sis (kulit luar sahaja)... actually sekarang pun banyak krim2 eczema ada campuran antibiotic and steroid sis.. sbb tu kena careful sapu jangan sentuh bibir takut tertelan...

i pernah la beli and pakai bawak balik sini hahahahhahahah
tp entah la maybe sbb sebotol dua je kan i pakai.. kesannya tak seberapa.. kena consistent.. hahahha
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 12:39 AM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 15-7-2022 12:28 AM
tak sangkut kot, sbb its just a TOPICAL application sis (kulit luar sahaja)... actually sekarang p ...

Ooo mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak sia-sia spam iklan cbd oil dlm forum cari.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2022 02:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan ya Laila, jangan terpedaya, apa yang kau lihat semuanya dusta



Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 08:44 AM | Show all posts
nasi ganja sedap ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 08:59 AM | Show all posts
green~tea replied at 15-7-2022 12:13 AM
Dekat greece, dekat mana2 pun siap losyen ganja dijual openly utk anti aging skin uolzzz..

terbayang dah kalau kat malaysia lotion ni tak menarik jika tak ada kesan khayal...


tak tahulah pulak ada yang sangup makan atau hidu lotion tu, dah gian kan

Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 09:05 AM | Show all posts
ultra78 replied at 15-7-2022 12:43 AM
Tak sia-sia spam iklan cbd oil dlm forum cari.

alhamdulillah, berkat kegigihan spammer akhirnya membuahkan hasil
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 09:06 AM | Show all posts
plywood replied at 15-7-2022 08:59 AM
terbayang dah kalau kat malaysia lotion ni tak menarik jika tak ada kesan khayal...

takde nye khayal... hahahhahah.. mcm sapu losyen vaseline biasa tu je...

bau pun takde la best pun, tp tatau la kot iols beli kat kedai level PPRT je kat greece tu hahahahha
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 09:11 AM | Show all posts
dekat fb bani tenang lak berkokok riang
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 10:41 AM | Show all posts
harapnya murah lar

haritu pernah dm dr.ganja (dia ni dah kena tangkap, tapi terlepas humukan gantung) kat FB

dia jual losyen utnutk eczema rm700 satu bekas

nanges dengar harga
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 11:06 AM | Show all posts
renko replied at 15-7-2022 09:11 AM
dekat fb bani tenang lak berkokok riang

Mungkin dorang dok ingat boleh beli senang-senang kat pharmasi.

Gomen dok berkira-kira dgn perubatan CBD, manakala dorang tu dah girang konon buleh dapat THC.
Janji ada bunyik 'ganja' dah cukup hepi dah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 11:14 AM | Show all posts
airfilterkotor replied at 15-7-2022 11:06 AM
Mungkin dorang dok ingat boleh beli senang-senang kat pharmasi.

Gomen dok berkira-kira dgn peruba ...

yelah nampak sangat puak bodoh tu mmg xde niat pun buat perubatan
sekadar suka2 nk lalok je
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 11:19 AM | Show all posts
Isap-isap rekreasi katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 04:42 PM From the mobile phone | Show all posts
airfilterkotor replied at 15-7-2022 11:06 AM
Mungkin dorang dok ingat boleh beli senang-senang kat pharmasi.

Gomen dok berkira-kira dgn peruba ...

Org mcm aku leh la bergumbira..sbb ubatan aku mmg berdasarkan steroid... Kalo selain tu mula la alegik naik teruk sampai kn cucuk msk wad relax2 3ari.. tp pd aku bukan best pun ganjar ni.. pernah la cuba dl zmn jahiliah..gantuk tido je ade la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.802290 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list