CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 388|Reply: 0

[Tempatan] Op Hire: 37 individu ditahan di seluruh negara

[Copy link]
Post time 15-7-2022 12:06 AM | Show all posts |Read mode
Op Hire: 37 individu ditahan di seluruh negara




  • Oleh MASZUREEN HADZMAN
  • 14 Julai 2022, 10:07 pm















PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)  menahan reman seramai 37 individu bagi membantu siasatan berhubung isu tuntutan palsu dan penyelewengan dana insentif Program Penjana Kerjaya.

Kesemua suspek ditahan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya, Selangor, Johor, Kedah, Pahang, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Perlis, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Di Putrajaya, seramai 11 individu direman selama empat hari mulai hari ini sehingga 17 Julai 2022.

Di Selangor, permohonan reman selama tiga hari dibenarkan terhadap lima individu mulai hari ini sehingga 16 Julai 2022.

Di Johor, perintah reman selama tujuh hari terhadap seorang suspek dan enam hari terhadap dua suspek dibenarkan mulai hari ini sehingga 19 dan 20 Julai 2022.

Di Kedah, Pahang dan Perak pula, perintah reman selama tujuh hari sehingga 20 Julai ini dibenarkan terhadap seorang individu di Kedah dan masing-masing dua orang individu di Pahang dan Perak.

Di Pulau Pinang, perintah reman selama enam hari dibenarkan terhadap dua suspek mulai hari ini sehingga 19 Julai ini.

Sementara itu, perintah reman selama lima hari dikeluarkan terhadap dua individu masing-masing di Melaka dan Perlis, tiga individu di Kuala Lumpur dan empat individu di Negeri Sembilan mulai hari ini sehingga 18 Julai ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim mengesahkan penahanan tersebut dan berkata kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Tambahnya, beberapa tangkapan akan dibuat lagi dalam masa terdekat bagi membantu siasatan kes yang sama. – UTUSAN






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:47 AM GMT+8 , Processed in 0.200916 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list