View: 921|Reply: 9
|
[Jenayah]
Ahli perniagaan menyamar 'Datuk' ditahan, mengaku beli lencana RM5 ribu setiap satu kereta
[Copy link]
|
|
KOTA BHARU - Seorang ahli perniagaan berusia lingkungan 50-an ditahan pada Rabu selepas dipercayai menyamar sebagai individu berpangkat Datuk.
Wanita berkenaan mempamerkan lambang dan lencana Ahli Majlis Dato'-Dato' Negeri Kelantan pada dua buah kereta mewah dipercayai miliknya.
Wanita berkenaan mempamerkan lambang dan lencana Ahli Majlis Dato'-Dato' Negeri Kelantan pada dua buah kereta mewah dipercayai miliknya. - Foto Polis Kelantan
Ahli perniagaan berkenan ditahan oleh sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan bersama Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu, Kelantan di sebuah kediaman di Port Dickson, Negeri Sembilan kira-kira jam 12.20 tengah malam.
Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, polis menerima laporan pada 26 Jun lalu memaklumkan lambang berkenaan dipasang pada kereta Mercedes Benz bertujuan mempamerkan kenderaan berkenaan merupakan ahli majlis terbabit.
"Susulan itu, polis melakukan serbuan dan mendapati sebuah kereta di bawah garaj rumah berkenaan.
"Siasatan awal juga suspek mengaku membeli lencana itu tiga tahun lalu pada harga RM5,000 setiap satu.
"Bagaimanapun, wanita itu memaklumkan lencana terbabit tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan," katanya melalui kenyataan pada Jumaat.
Menurutnya, wanita itu ditahan reman di IPD Kota Bharu selama tiga hari bermula Khamis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 419 Kanun Keseksaan / 5B Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salah Guna) kerana menggunakan gelaran anugerah yang tidak diiktiraf.
Tambah beliau, polis memandang serius kesalahan penggunaan gelaran serta logo atau lambang yang tidak diiktiraf pada kenderaan persendirian.
"Polis akan memantau dan mengambil tindakan terhadap kenderaan yang menggunakan lencana lambang tanpa kelulusan atau kebenaran.
"Selain itu, orang ramai juga dinasihatkan tidak menampal 'sticker' yang berlebihan di cermin kenderaan yang boleh menghalang penglihatan pihak berkuasa terhadap pemandu semasa pemeriksaan," katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... ahan-menyamar-Datuk
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
|
|
|
|
|
|
|
Dari bulan puasa hingga habis raya haji, kelantan masih takde ketua polis negeri.
|
|
|
|
|
|
|
|
hadap sangat dengan dato bagai
puih! |
|
|
|
|
|
|
|
belambak kt keter2 tu ha ce p cek satu2 beli ke tak.. dato huru hara pun melambak.. yg claim2 dato ni boleh cek ke |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysian ni telah di ajar dari kecil jadi gila status. Contoh tengok sahaja lah menteri semua tu mesti nak letak datuk, tansri, Dr dan sebagainya. Berbeza dengan negara yang sudah lama merasa kemewahan! |
|
|
|
|
|
|
|
Dah multitasking ummah serombi. Bukan hanye jenayah sex aje.. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
"Bagaimanapun, wanita itu memaklumkan lencana terbabit tiada kaitan dengan mana-mana pertubuhan,"
Kalau fake kenapa sampai RM5,000 satu. Aku percaya lencana tu ori dan memang ada sangkut dgn real organisation. Ayat nak cover ja tu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa rupa lencana tuh? Dan keta merc tara mana dia bawak? |
|
|
|
|
|
|
| |
|