CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 952|Reply: 7

[Tempatan] Polis gempur flat 'Columbia', 42 ditahan

[Copy link]
Post time 15-7-2022 12:10 PM | Show all posts |Read mode
Polis gempur flat 'Columbia', 42 ditahan


Seramai 42 individu yang melakukan pelbagai kesalahan termasuk lapan daripadanya dikehendaki polis ditahan dalam operasi besar-besaran di sebuah kawasan flat, di sini. - Foto ihsan PDRM


SUNGAI PETANI: Polis menggempur sebuah kawasan flat di sini, yang menjadi sarang pengedaran dan penagihan dadah menerusi Op Cantas Khas Muda selama dua hari, berakhir semalam.

Operasi itu membabitkan lebih 400 anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah, Bahagian Siasatan Jenayah seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di negeri ini dan Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 1 dan 2.

Kawasan terbabit turut dikenali jolokan flat 'Columbia' dan digelar penduduk 'kubu' bagi aktiviti terlarang.

Ketua Polis negeri, Datuk Wan Hassan Wan Ahmad, berkata operasi besar-besaran itu berjaya menahan 42 individu iaitu 36 lelaki dan enam wanita ditahan atas pelbagai kesalahan, termasuk lapan individu dikehendaki.

"Operasi ditumpukan di kawasan berkenaan susulan aduan daripada pelbagai pihak termasuk penduduk setempat yang mendakwa flat terbabit menjadi sarang pelbagai aktiviti jenayah.

"Selain itu, kita turut merampas pelbagai jenis dadah, rokok seludup, dawai tembaga dan air ketum serta turut mengeluarkan 78 saman trafik.

"Hari pertama operasi adalah serbuan sasaran yang tertumpu kepada orang dikehendaki serta gangsterism, kontraban, bengkel haram, judi, sarang penagih dan ketum serta masalah sosial.

"Sementara hari kedua pula kita namakannya sebagai serbuan 'house to house', yang mana hampir 600 rumah diperiksa," katanya di sini, hari ini.

Wan Hassan berkata, kejayaan operasi itu membuktikan yang kawasan terbabit bukan 'kubu' yang sukar untuk ditembusi pihak berkuasa seperti tanggapan masyarakat setempat sejak dahulu.

"Pemeriksaan kita juga mendapati kawasan ini sebenarnya dijadikan transit oleh individu dari luar flat yang mahu melakukan jenayah.

"Kita tidak menafikan memang ada aktiviti jenayah di situ, namun ia dilakukan penjenayah yang cuba mengambil kesempatan disebabkan flat terbabit yang sedia 'panas' (dengan jenayah) sejak dahulu," katanya.

Beliau memberitahu operasi sebegitu akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi membendung penularan jenayah terutama bagi lokasi panas.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... columbia-42-ditahan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 02:51 PM | Show all posts
takkan la tak paham2 kalo sampai org situ pun gelar kubu
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 02:53 PM | Show all posts
buatlah serbuan ke merata lembah klang ni. mcm2 warganegara yg masuk secara haram bebas ke hulu ke hilir tanpa rasa takut penguatkuasaan undang2 pun.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
membongak jela byk tu je dpt. cer 1 malaysia gempur memane tmpt yg byk muke pendatang. kompem tak cukup tmpt korg nk sumbat geng2 pendatang tak kire jenis dtg dr mane.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 05:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Bayangkan sampai orang setempat gelarkan 'kubu' bermakna kawasan tue hebat juga 'connection' dia... Siap guna PGA semua..

Jenayah bila dah bersarang lama memang payah juga nak settle kan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2022 05:12 PM | Show all posts
Flat Columbia Keramat dengan Flat PKNS Keramat tu pon kalau boleh ambush sekali cik2 pulis sekalian.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Cuba buat kt kl selangor..bertrak trak leh angkut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:40 AM GMT+8 , Processed in 0.561288 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list