CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 391|Reply: 1

Lelaki Tipu Polis Dakwa Bunuh Isteri

[Copy link]
Post time 15-7-2022 04:42 PM | Show all posts |Read mode
Polis Melaka sedang mengesan seorang lelaki membuat panggilan palsu mendakwa dia telah membunuh isterinya di sebuah rumah di Ayer Keroh di sini Rabu lalu.


Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, suspek membuat panggilan kepada Balai Polis Ayer Keroh pada pukul 7.30 petang, dengan mendakwa telah membunuh isterinya di sebuah rumah.




Gambar hiasan




Beliau berkata, berdasarkan panggilan tersebut, sepasukan 20 pegawai dan anggota bergegas ke lokasi sebelum mendapati maklumat diberikan adalah palsu.


“Polis termasuk Unit Forensik melakukan pemeriksaan di alamat diberikan dan mendapati rumah tersebut didiami individu lain.


“Siasatan di sekitar kawasan perumahan itu juga tidak menemukan sebarang petunjuk berkaitan maklumat disalurkan pemanggil,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Mengulas lanjut, Christopher berkata, susulan itu, pihaknya kini sedang mengesan pemanggil dipercayai berusia 33 tahun itu atas kesalahan membuat panggilan palsu di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.


Jelasnya, sabit kesalahan, pemanggil boleh dikenakan hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya.


“Polis memandang serius perbuatan laporan palsu sebegini dan tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka sebagai pengajaran kepada masyarakat.


“Perbuatan itu menyusahkan pasukan polis kerana terpaksa menyiasat sesuatu kes yang sama sekali tidak berlaku,” katanya.




Sumber: UTUSAN ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 04:49 PM | Show all posts
aiyo, mental ke lelaki ni? menakutkan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.129644 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list