CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 448|Reply: 1

[Politik] Kekecohan tercetus di Kongres Pemuda PKR (AMK) lepas ada ahli dihalang masuk

[Copy link]
Post time 15-7-2022 06:08 PM | Show all posts |Read mode
Kekecohan tercetus di kongres AMK lepas ada ahli dihalang masuk

https://www.malaysiakini.com/news/628372

Hariz Mohd & Gajendra Jeya Kumar
Diterbitkan:  Jul 15, 2022 4:20 PM⋅
Dikemaskini: 5:50 PM



Berlaku sedikit kekecohan di Kongres Pemuda PKR (AMK) di Shah Alam hari ini apabila sekumpulan anggota parti dilarang mewakili cabang mereka dalam sidang tersebut.

Malaysiakini difahamkan perang mulut tercetus kira-kira pada jam 10 pagi tadi, sebalik selepas kongres sayap itu bermula, apabila sekumpulan anggota dihalang masuk oleh petugas.

Salah seorang yang terlibat, Danish Hairudin ketika dihubungi Malaysiakini berkata sekretariat kongres hanya membenarkan 75 cabang AMK untuk menghantar perwakilan mereka.

Keputusan itu didakwa atas dasar cabang tersebut gagal membuat mesyuarat agung tahunan (AGM) atau tidak menghantar laporan mereka kepada sekretariat.

"Tapi ini kesilapan kepimpinan sebelumnya di cabang terlibat. Mereka yang tidak membuat AGM.



"Barisan kepimpinan baru tidak melakukan apa-apa kesalahan kerana mereka baru saja dipilih dalam pemilihan baru-baru ini," kata Danish.

Anggota AMK Kota Raja itu mendakwa sekatan itu juga melanggar perlembagaan parti, yang memberi hak kepada pemimpin cabang untuk menghadiri kongres kebangsaan.

"Perlembagaan pati menjamin hak pemimpin peringkat cabang yang dipilih untuk hadir ke kongres parti. Tiada peruntukan yang menyatakan pemimpin peringkat cabang boleh dihalang kerana kepimpinan sebelumnya tidak membuat AGM," katanya lagi.


Syukri Razab

Mengulas perkara itu, Setiausaha AMK Syukri Razab berkata isu itu tidak sepatutnya timbul.

Dia berkata anggota tersebut dihalang masuk ke dewan kongres kerana mereka bukan perwakilan.

Untuk menjadi perwakilan, katanya, ada dua syarat yang perlu dipenuhi.

"Pertama, cabang mesti buat AGM dengan cukup korum dan hantar laporan. Korum mesti cukup dan laporan perlu ada semua tandatangan.

"Kedua, cabang mesti ikut proses pemilihan secara sempurna. Perlu ada sekurang-kurangnya lapan pencalonan (untuk semua jawatan peringkat cabang) - ketua, timbalan, naib ketua dan lima ahli jawatankuasa.

"Apa yang berlaku tadi, mereka hanya mematuhi syarat kedua," katanya lagi.

Mengulas lanjut, Syukri berkata AGM perlu diadakan kerana dalam mesyuarat itu, cabang akan memberi mandat kepada barisan kepimpinan baru untuk menjadi wakil di kongres kebangsaan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 07:44 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:00 AM GMT+8 , Processed in 0.134731 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list