CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1178|Reply: 6

[Tempatan] Dah jumpa PM....Tajuddin pasrah!

[Copy link]
Post time 15-7-2022 09:13 PM | Show all posts |Read mode
Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman berkata dia akan akur dan menerima sebarang keputusan yang dibuat kerajaan berhubung pelantikannya sebagai duta Malaysia ke Indonesia.

Pemimpin Umno itu dipetik Utusan Malaysia sebagai berkata bahawa dia sudah bertemu dengan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob di Putrajaya semalam dan diberi gambaran keseluruhan pelantikan itu.

Jelasnya, dia tidak boleh mendedahkan butiran perjumpaan itu kerana menghormati kabinet.

“Berhubung kedudukan sekarang, saya tidak tahu. Cuma saya sudah dilantik kabinet dan proses seterusnya, saya serahkan kepada kerajaan. Saya percaya kerajaan boleh bertindak dan membuat keputusan dengan bijaksana.

“Yang penting kalau sekiranya khidmat saya diperlukan, saya akan berkhidmat untuk rakyat dan negara. Malah, saya boleh menerokai peluang yang ada supaya kedua-dua buah negara sama-sama menikmati kerjasama yang membawa kepada kemajuan dalam pembangunan, ekonomi, pendidikan dan lain-lain,” katanya.

Tajuddin turut menafikan tanggapan bahawa dia tidak layak menjawat jawatan itu dengan mendakwa bahawa tanggapan itu hanya bertujuan untuk memburukkan nama baik seseorang pemimpin.

"Mereka buat macam-macam cerita yang bukan bertujuan baik. Semua bertujuan dengki, khianat. Apakah mereka ingat saya ini langsung tidak ada kemampuan? Kelulusan? Pengalaman?

“Itu dari pembangkang, saya tidak kisah. Tetapi, saya kesal orang Umno sendiri ikut sama, apa masalahnya? Tidak mengapalah, saya tidak patah semangat.

"Saya yang sudah berkhidmat lebih 50 tahun ini, akan terus berkhidmat menggunakan pengalaman yang ada sebagai wakil rakyat, pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan timbalan menteri,” ujarnya.

Tajuddin mengesahkan pelantikannya sebagai duta Malaysia ke Indonesia pada Mei lalu, menggantikan diplomat Zainal Abidin Bakar.

Bagaimanapun, media kemudian dilaporkan Tajuddin bukanlah antara duta baru yang menerima watikah pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong minggu ini.

Free Malaysia Today memetik sumber sebagai berkata bahawa Tajuddin telah digugurkan sebagai duta ke Indonesia.

Bagaimanapun, The Malaysian Insight memetik sumber yang rapat dengan Pejabat Perdana Menteri menafikan laporan FMT, dan pelantikan Tajuddin dikatakan hanya "ditangguh".

Tajuddin dan empat duta lain sepatutnya menerima watikah pelantikan mereka bulan lalu, tetapi upacara itu ditangguhkan selepas Agong dimasukkan ke hospital.

Pelantikan Tajuddin mencetuskan reaksi orang ramai, dengan ramai yang mempersoalkan keupayaannya untuk bertindak sebagai diplomat kerana rekod prestasinya yang dilihat agresif dan tidak diplomatik.

Dia telah disingkirkan sebagai pengerusi Prasarana pada Mei tahun lalu kerana pengendaliannya yang dianggap tidak sensitif berhubung kemalangan LRT yang menyebabkan ramai cedera.

Beberapa hari selepas majlis pelantikan pada 20 Jun ditangguhkan, Tajuddin dipecat sebagai ahli majlis tertinggi Umno.

Pemecatan itu dikaitkan dengan perselisihan dengan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi.

Berikutan itu, Tajuddin mengadakan sidang akhbar membidas Zahid sebagai berbohong kepada Umno tentang tindakan menyokong ketua pembangkang Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri sebelum ini.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 09:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak sedo diri.. buang aje laa kmbing tua tuu punm. Buat maluu org perak ajoo.. kome ni tak reti nak lntik pemimpin ke.. ini lntik nazliiiiii.. tajooodon.. romli ngah talik.... carilaa org berjenih pun
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
muka x malu, x sedo diri
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 10:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 15-7-2022 09:18 PM
Tak sedo diri.. buang aje laa kmbing tua tuu punm. Buat maluu org perak ajoo.. kome ni tak reti nak  ...

aje yg ye.. mcm udah mandang yg bejenih.. meluat awak nengoknya
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 10:43 PM From the mobile phone | Show all posts
imanjannah replied at 15-7-2022 10:08 PM
aje yg ye.. mcm udah mandang yg bejenih.. meluat awak nengoknya

Tu laa.. takkan tak mandang seko yg berjenih.. ini udahlaa tak hensem prangai buruk.. mmg tarap duselam dlm sg perak aje..kalo ade kominih.. suh je kominih tembak..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Jawatan duta pon lapor.duit byk..dok goyang kaki kat rumah je laaa..kalo duta kat london ok ler jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-7-2022 02:04 AM | Show all posts
Redho ke, tak redho ke, terpaksalah redho juga. Dlm hati pasti kesal kan. Begitulah jika tak ade rezeki, ibarat nasi dah nak sampai ke mulut pun boleh tertumpah juge. Tu laa pasal. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut, nak jadi duta tak merasa.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 11:35 PM GMT+8 , Processed in 0.091477 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list