View: 760|Reply: 1
|
[Dunia]
Peluang melimpah ruah...Nur Sajat kini bergelar model.
[Copy link]
|
|
Edited by maklukpenggoda at 16-7-2022 11:58 AM
Usahawan kontroversi, Nur Sajat meluahkan rasa teruja apabila dirinya telah terpilih untuk menghadiri raptai untuk permodelan di Australia.
Menerusi hantaran di Instagram, Sajat dilihat memuatnaik kenyataan dari agensi permodelan yang menjemputnya untuk menghadiri raptai untuk permodelan di The Ambassador Venues, Sydney Australia.
“OMG!! Macam tak caya yang saya lepas. Saya akan buat yang terbaik!!. #startmyjourney #modellingagency #bikinimodel #fashionshowsydney”-Tulis Sajat
Sempat Seloroh Hanya Mahu Makan Pucuk Ubi & Lemon
Tambahnya lagi, Sajat sempat berseloroh hanya mahu makan pucuk ubi bersama lemon sebelum menghadiri raptai permodelan.
“Bermula esok saya akan makan pucuk ubi sahaja dengan lemon!! RUN THE WORLD.”-Tulis Sajat
Netizen Beri Ucapan Tahniah
Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan ucapan tahniah buat Sajat malah ada yang meluahkan rasa tidak sabar melihatnya berada di atas pentas peragaan.
“Congrats kakak!!. Can’t wait to see u hempas the runway!!.”
“Congrats Sajat! Good luck!!.”
“Tak pernah tak kelakar sis sajat ni..Makan pucuk ubi je katanya. Tapi jangan makan pucuk ubi masak lemak pulak.”
Sekadar info, Nur Sajat kini telah berhijrah ke Australia dengan bantuan kerajaan Australia. Sajat juga sebelum ini pernah ditahan di sebuah kondominium di Thailand oleh pihak imigresen negara itu selepas Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan maklumat mengenai keberadaan usahawan dalam buruan berkenaan yang lolos melalui laluan kereta api di Padang Besar, Perlis.
Sumber
|
|
|
|
|
|
|
| |
|