CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 844|Reply: 4

[Politik] Saya tak nak panjang-panjang... serah pada PM'

[Copy link]
Post time 16-7-2022 04:52 PM | Show all posts |Read mode
Saya tak nak panjang-panjang... serah pada PM'


Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan TSMCG, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri) yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) diiringi Pengerusi Ahli Jawatankuasa Kempen Derma Darah Datuk Mohammad Maidon (tiga dari kanan) hadir pada program 'Blood Donation Drive' 2022 di pusat beli-belah Mid Valley hari ini. - Foto NSTP/Rohanis Shukri


KUALA LUMPUR: Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan kebijaksanaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membuat keputusan berhubung isu lantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM).

Muhyiddin yang juga Presiden BERSATU hanya menjawab ringkas ketika diminta mengulas sama ada jawatan TPM wajar dipertimbangkan semula selepas mengambil kira langkah penjimatan diumumkan kerajaan melalui Kementerian Kewangan.

"Yang itu saya nak jawab ringkas. Saya tak nak panjang-panjang. Pasal itu saya kata serah pada Perdana Menteri dan ikut pertimbangan yang bijaksana," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Blood Donation Drive di Centre Court, Mid Valley, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Presiden Tan Sri Muhyiddin Charity Golf (TSMCG), Datuk Zainuddin Mohd Radzi dan Pengarah Pusat Darah Negara, Dr Afifah Hassan.

Terdahulu Muhyiddin sebelum ini dilaporkan berkata, beliau sudah mengadakan pertemuan dengan Ismail Sabri untuk mengutarakan beberapa perkara penting dan supaya perjanjian PN dengan perdana menteri, termasuk berkaitan pelantikan TPM dapat dipertimbangkan.

Sementara itu, mengulas tindakan kerajaan mengambil langkah berjimat membabitkan semua kementerian dan agensi, beliau melihat tindakan itu sebagai wajar, namun meminta ia mesti mengambil kira bebanan semasa rakyat.

"Itu wajar, tetapi apa pun langkah kerajaan nak ambil, mesti ambil kira supaya ia tak (menyebabkan) beban meningkat dan bertambah kepada rakyat, potong subsidi, potong itu ini.

"Cara nak dilaksanakan... adakah buat mengejut atau berfasa-fasa," katanya.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) berkata, perkara itu mesti dibuat secara teliti supaya proses pemulihan ekonomi negara berjalan lancar.

"Saya tak nak nasihat, saya fikir Menteri Kewangan mesti fahamlah. Kalau kerajaan berterusan seperti ini, ekonomi dan mungkin kewangan negara akan bertambah lebih teruk. Saya tak kata saya bersetuju atau tidak bersetuju, kita nak tengok apa perakuan yang akan dibuat dan mungkin MPN akan teliti perkara itu sama ada langkah itu dianggap tepat atau sebaliknya," katanya.

Media semalam melaporkan semua kementerian, jabatan, agensi, badan berkanun persekutuan dan syarikat terhad dengan jaminan (CLBG) diarah melaksanakan langkah penjimatan dalaman dengan mengoptimumkan perbelanjaan, bagi membolehkan penjimatan itu disalurkan untuk kesejahteraan rakyat.

Arahan itu dikeluarkan menerusi Pekeliling Perbendaharaan Malaysia bertajuk 'Garis Panduan Penjimatan Perbelanjaan Awam' ditandatangani Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Seri Asri Hamidon dan berkuat kuasa mulai Rabu.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... njang-serah-pada-pm

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-7-2022 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 07:17 PM | Show all posts
Edited by FOTHER-MUCKER at 16-7-2022 04:03 AM

Pemimpin Kelas ketiga adalah satu kemaluan yang besar kepada Malaysia!





Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Bubar MPN tu..jimat  duit elaun
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2022 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Tragis iols tgk dia sbg bekas PM...rehat jelah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:27 AM GMT+8 , Processed in 0.041132 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list