CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 646|Reply: 1

Juruterbang Mabuk Ditahan Mendaratkan Pesawat Di Lebuh Raya

[Copy link]
Post time 16-7-2022 11:39 PM | Show all posts |Read mode
Seorang juruterbang di Amerika Syarikat yang didakwa mabuk ditahan selepas mendaratkan pesawat ringan di lebuh raya dipercayai kerana kehabisan minyak.


Jurucakap Peronda Lebuhraya Negeri Missouri, Sarjan Andy Bell berkata, John Seesing, 35, menerbangkan pesawat enjin tunggal Piper Cherokee ke arah Lapangan Terbang Wheeler Downtown, Kansas City apabila terpaksa melakukan pendaratan cemas di Interstate 70.




abc News




Katanya, Seesing dari Perkampungan Prairie yang dalam perjalanan dari Florida ke Missouri, menghubungi radio sebelum mendarat berhampiran Grain Valley, jam 2.45 pagi, semalam.


"Dia yang satu-satunya penumpang dalam pesawat itu tidak melanggar mana-mana kenderaan dan hanya mengalami kecederaan ringan dan dibawa ke hospital tempatan untuk rawatan," katanya dalam portal Metro UK.


Bell berkata, pegawai peronda lebuh raya di tempat kejadian mendapati Seesing dalam keadaan mabuk.


Lapor Kansas City Star, Seesing ditahan akibat tindakan cuai kerana disyaki memandu dalam keadaan mabuk atau tidak sempurna, memiliki bahan terkawal dan senjata api yang menyalahi undang-undang serta memiliki kurang daripada 10 gram ganja dan peralatan dadah.




KFVS12




Saksi, Crystal Lipham berkata, dia memandu treler di Interstate 70 apabila dia melihat sebuah pesawat ringan, terbang rendah.


Menurut pendaftaran pegawai udara Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, Seesing menerima sijil juruterbang pelajar pada Januari 2020 dan tidak dibenarkan membawa penumpang.


Sementara itu, rekod awam menunjukkan, Seesing mempunyai kes pelanggaran lalu lintas sebelum ini termasuk memandu laju berlebihan dan memandu tanpa lesen sah pada 2017.




Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2022 04:04 AM From the mobile phone | Show all posts
dah ada rekod lampau still jgk boleh bawak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.512953 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list