CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1063|Reply: 8

[Politik] Civil war:Timbalan Presiden PKR Rafizi kata Tak perlu bodek, pertahan Presiden Anwar.Rafizi nak 'repeat' UMNO Tun M vs Anwar 1998?

[Copy link]
Post time 17-7-2022 09:47 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 17-7-2022 10:04 AM




Kepimpinan baru PKR tidak perlu membodek atau mempertahankan Anwar Ibrahim apabila presiden parti itu dikritik, tegas timbalan presiden PKR yang baru, Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, tiada sesiapa perlu mempertahankan Anwar daripada sebarang kritikan kerana peranan penting PKR adalah untuk menarik semula sokongan rakyat terhadap parti itu.

“Kalau saya menjadi Anwar Ibrahim, saya rasa kita perlu terima factual finding (hakikat sebenar) kerana jika kita tidak melakukan apa-apa, ia (situasi sedia ada) akan diterjemahkan kepada keputusan pilihan raya, (di mana) hakikatnya dia telah hilang populariti.

“Apa yang penting untuk parti dan kepimpinan baru adalah bukannya cuba membodek Anwar ke, pertahankan Anwar ke..

“Anwar adalah Anwar Ibrahim. Dia tidak perlu dipertahankan. Apa yang perlu kita lakukan adalah untuk merayu kepada rakyat dan cuba menang (PRU) semula,” katanya kepada pemberita ketika Kongres Nasional ke-16 di IDCC, Shah Alam hari ini.

Dia berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail yang menepis kritikan bahawa Anwar merupakan beban dan liabiliti dalam parti itu.

Masalah kita ialah apabila kalau ada beberapa kelompok di keliling Anwar, yang sering merasakan mereka perlu membela Anwar sehingga tak boleh ada fakta yang dilihat menyentuh Anwar, ini tak boleh jadi,” katanya.

Menurut Rafizi, terdapat kumpulan yang rapat dengan Anwar dalam PKR yang merasakan mereka perlu sentiasa mempertahankan presiden parti.

Katanya, mereka melakukan sedemikian sehingga perkara yang sebenar tidak dapat disampaikan terhadap Anwar.


https://m.malaysiakini.com/news/628487

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2022 10:30 AM | Show all posts
Gaduh gaduh gaduh
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 03:26 PM | Show all posts
cucuk cucuk cucuk
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 03:56 PM | Show all posts
ada lagi ke org nak undi PKR ni?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
drp gaduh...carila FORMULA turunkan rega barang...tau la hang dh 'naik pangkat'...tp luangkanla sikit masa tu..tuk cari/buat fomula  tolong rakyat...
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 04:17 PM | Show all posts
Wayang ka?

Politik ni semuanya mungkin kan...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2022 04:18 PM | Show all posts
totokreturn. replied at 17-7-2022 03:56 PM
ada lagi ke org nak undi PKR ni?

PKM pun kalau dibenarkan bertanding ada ja yang undi

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bolehlah bertanding jawatan Presiden pulak....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2022 06:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Orh bodoh je masih percaya rafizi dan formulanya. PKR dah x relevan dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 12:36 AM GMT+8 , Processed in 0.456397 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list