CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1038|Reply: 5

[Politik] Pindaan perlembagaan parti: UMNO semakin tak senang duduk, mungkin tukar ke pelan B

[Copy link]
Post time 17-7-2022 10:55 AM | Show all posts |Read mode
Edited by JoyahMengayah at 17-7-2022 05:34 PM

PONTIAN - UMNO berkemungkinan besar akan mengadakan pemilihan parti pada tahun ini sekiranya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menolak permohonan pindaan perlembagaan parti itu.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, UMNO juga mempunyai perancangan lain jika pemilihan tidak dibuat sebelum 29 Disember ini.
Bagaimanapun, Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian enggan mendedahkan butiran Pelan B yang dirancang UMNO itu.

"UMNO ada Pelan B, namun jika tak mahu Pelan B, maka kita akan buat pemilihan parti sebelum 29 Disember ini.

"Bagaimanapun, kita laksanakan Pelan B jika ROS tak lulus permohonan pindaan perlembagaan berbanding membuat pemilihan.

"UMNO sebenarnya tak mahu buat Pelan B tu. Kita harap ROS luluskan permohonan kerana tak ada sebab ia tidak dilulus kerana ia sama dengan apa yang dilakukan MCA sebelum ini," katanya.

Ahli Parlimen Pontian itu turut yakin permohonan kepada ROS akan diluluskan kerana UMNO melaksanakan pindaan perlembagaan mengikut prosedur dan proses yang ditetapkan.

Selain itu, pihaknya tidak menjangkakan masalah mendapat kelulusan ROS memandangkan agensi itu pernah meluluskan permohonan sama oleh MCA.

UMNO sebelum ini menangguhkan pemilihan parti di semua peringkat cawangan, bahagian dan Majlis Tertinggi selama 18 bulan selepas penggal 2018/2021 berakhir pada 30 Jun tahun lepas.

Jika dihitung, tempoh 18 bulan itu akan tamat hujung tahun ini dan pemilihan UMNO perlu diadakan sebelum 30 Disember 2022.

Berdasarkan dokumen pindaan yang dibentang, ia memperuntukkan dua cadangan fasal baharu iaitu Fasal 10.16.1 yang menyebut Majlis Tertinggi (MT) UMNO berhak menangguhkan pemilihan di peringkat MT, bahagian dan cawangan.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... pemilihan-tahun-ini
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2022 11:53 AM | Show all posts
parlimen mintak bubar cepat cepat, pemilihan umno tak nak buat pulak walau dah dalam masa kecederaan.

yerlah telor sekarang dah mahal.. masing masing dok simpan jer...  
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 12:40 PM | Show all posts
apa pelan B tu?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 12:57 PM | Show all posts

“Pelan B itu adalah menarik sokongan terhadap Ismail Sabri lah, apa lagi… Sebab itu Mat Maslan tidak mahu mendedahkan kerana rancangan itu sangat ekstrem dan boleh menyebabkan perpecahan dalaman parti lebih teruk,” kata sumber.










Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 17-7-2022 12:40 PM
apa pelan B tu?


plan b tu mungkin pecat mail n the geng la.. ape lg.. haha.. pastu tarik sokongan
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2022 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
mojarean_X replied at 17-7-2022 12:40 PM
apa pelan B tu?

Ugut mail la. Karang xpasal kena buang naib presiden. Nuor musa dgn tajudin geng mail dah kena buang jawatan dah dlm parti
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:16 AM GMT+8 , Processed in 0.050114 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list