View: 1322|Reply: 3
|
[Politik]
Sikit-sikit, masuk Facebook. Sikit-sikit, live. Orang nak undi kita pun meluat - Fuziah Salleh
[Copy link]
|
|
Edited by mojarean_X at 17-7-2022 11:32 AM
Menurut Fuziah, sekiranya dari sekarang parti gagal untuk mendapatkan keyakinan rakyat, mustahil PKR mampu menang atau pertahankan kerusi yang ada. - Facebook Fuziah Salleh
SHAH ALAM : Bekas Ketua Wanita PKR Fuziah Salleh mencadangkan parti itu menyenarai hitam calon yang masih lagi sehingga kini tidak memulangkan semula wang deposit ketika menjadi calon pilihan raya.
Bahkan, beliau juga mencadangkan PKR melakukan perkara sama kepada ahli yang dilihat seperti ingin menjatuhkan parti dalam media sosial.
Tegasnya, dalam pilihan raya akan datang, PKR memerlukan calon yang ingin memenangkan parti, bukan mereka yang mahu menangkan diri sendiri.
“Kita harus dilihat oleh lawan kita dan segala semua pengundi bahawa kita merupakan parti yang layak dan wajar untuk diberikan mandat dan kepercayaan.
“Kalau kita masukkan dalam Facebook, asyik serang pasal parti kita, sikit-sikit masuk Facebook, orang nak undi kita pun meluat, menyampah.
“Tak bolehkah simpan sikit? Tiadakah channel dalaman? Sikit-sikit, kenyataan media. Sikit-sikit, masuk Facebook. Sikit-sikit, live,
"Hebat konon, tapi inilah yang menghancurkan parti. Inilah yang membawa kekalahan kita,” katanya.
Fuziah berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional Ke-16 PKR di sini hari ini.
Tambah beliau, sekiranya dari sekarang parti gagal untuk mendapatkan keyakinan rakyat, mustahil PKR mampu menang dalam pilihan raya atau mempertahankan kerusi sedia ada.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Siapa yang dia sindir tu?
|
|
|
|
|
|
|
|
BN la kan..asyik2 live..wak jahid n geng ni bila nak mati kena penjara ke apa ke...teringat statement bongkak dia masa jadi TPM dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Masuk FB masak ikan mutant ke? hehehe
|
|
|
|
|
|
|
| |
|