View: 1161|Reply: 14
|
[Dunia]
1.3 juta isi rumah Britain hadapi krisis kos sara hidup tanpa wang simpanan
[Copy link]
|
|
Jurang pendapatan yang ketara dilihat antara golongan kaya dan miskin di Britain. - Getty
1.3 juta isi rumah Britain hadapi krisis kos sara hidup tanpa wang simpanan
LONDON – Satu analisis menunjukkan lebih 1.3 juta isi rumah di Britain kini terpaksa menghadapi peningkatan kos sara hidup tanpa memiliki wang simpanan untuk kegunaan masa hadapan, lapor akhbar The Sun semalam.
Angka tersebut dikeluarkan menerusi audit kekayaan tahunan oleh firma pemikir, Yayasan Resolusi dengan Amanah Keadilan Kewangan.
Selain itu, seramai 400,000 penduduk lain mengatakan bahawa mereka memerlukan bantuan saudara-mara dan rakan bagi membayar bil yang tidak dijangka.
Separuh daripada isi rumah pula didapati mempunyai wang simpanan yang kurang daripada pendapatan sebulan.
Sementara itu, jurang perbezaan yang ketara turut berlaku antara golongan kaya dan miskin.
Golongan paling miskin dikatakan empat kali lebih berkemungkinan tidak mempunyai simpanan.
“Ketidaksamarataan dalam kekayaan penduduk Britain menyebabkan kira-kira 1.3 juta keluarga terutamanya mereka yang berpendapatan rendah menghadapi pandemik Covid-19 tanpa sebarang simpanan.
“Kebanyakan keluarga tersebut tidak dapat menabung semasa sekatan pergerakan dijalankan. Mereka kini menghampiri krisis kos sara hidup terbesar dalam generasi tanpa mempunyai wang simpanan mencukupi,” ahli ekonomi di Yayasan Resolusi, Molly Broome. – Agensi
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2022/07 ... anpa-wang-simpanan/
|
|
|
|
|
|
|
|
negara maju pun rakyatnya menghadapi masalah kos sarahidup... |
|
|
|
|
|
|
|
syukur di msia marhean masih mampu mengerumuni penjual dogiyan tepi jalan |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Malaysia KFC dan Mc D sentiasa penuh |
|
|
|
|
|
|
|
Kat msia pon ramai je gaji hap2 smpi ujing bln..saving 50 sbln pastu ujung2 korek balik |
|
|
|
|
|
|
|
AbukRokok replied at 17-7-2022 11:41 PM
syukur di msia marhean masih mampu mengerumuni penjual dogiyan tepi jalan
Rakyat Malaysia mengeluh barang naik, kos sarahidup tinggi sambil membelek, memilih musang king, lepas tu gi cinema tengok mat kilau |
|
|
|
|
|
|
|
Aku selalu berbalah dgn laki aku pasal ni..aku cakap laa seluruh dunia pon mengalami masalah sama..ekonomi tak stabil..dia dok cakap, luar negara lain..50 euro boleh penuh satu troli..summer time bole bawak anak2 g coti2 pasal kat sana berlambak2 airline low cost..bole beli kereta murah2 takde tax..aku ye kan aje..malas nak bertekak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cm_vungtau at 18-7-2022 07:10 PM
Krisis semakin tenat |
|
|
|
|
|
|
|
mrsamz replied at 17-7-2022 07:47 PM
Aku selalu berbalah dgn laki aku pasal ni..aku cakap laa seluruh dunia pon mengalami masalah sama..e ...
50 dollars Canada tak dapat apa pun, semua naik... Minyak masak naik 5 dollars taugeh naik sedollar, ayam mahal belas belas dollars juga..
Telur syukur under 10 dollars untuk 30 bijik... |
|
|
|
|
|
|
|
Beza UK dengan Malaysia.
Di UK segala apa bill pun ikut naik sama.
Sebagai contoh bill umobile saya masih tetap sama iatu RM30 sebulan semejak 7 tahun lepas. |
|
|
|
|
|
|
|
betol..aku pun pelik org malaysia ni. |
|
|
|
|
|
|
|
faraway1 replied at 18-7-2022 08:50 AM
50 dollars Canada tak dapat apa pun, semua naik... Minyak masak naik 5 dollars taugeh naik sedolla ...
Kannn..aku jenis suka like page2 luar negara dan baca komen2 marhaen negara luar..sbb aku berminat nak tau whats going on with these people outside malaysia..semakin kerap jumpa komen yg mengeluh kos sara hidup..lain negara lain masalahnya..
Laki aku dulu masa kecik dia sekolah kat oversea..masih terperangkap dgn dunia masa kecik dia..padahal dunia kat sana dah pun berubah jauh beza dgn realiti sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
mrsamz replied at 18-7-2022 08:47 AM
Aku selalu berbalah dgn laki aku pasal ni..aku cakap laa seluruh dunia pon mengalami masalah sama..e ...
50 euro mcm rm50 kita ja. Kat sana kereta murah tp minyak mahal |
|
|
|
|
|
|
|
scorpionkiki replied at 18-7-2022 08:57 AM
50 euro mcm rm50 kita ja. Kat sana kereta murah tp minyak mahal
Exactly..tengok membe yg dok UK tu asik laa tukar keta...keta second laa..mayb masih mencari2 keta yg save petrol kot |
|
|
|
|
|
|
|
kawan iols di ozzie pun meratib harga barang naik
also due to 'OPR' naik loan ghumah pun naik juga
so mengeluh is fine. but the one thing nak tahu can we survive ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|