CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 480|Reply: 3

[Politik] Rafizi Raja Formula: Mungkin lantang, tapi saya bukan Azmin

[Copy link]
Post time 18-7-2022 10:06 AM | Show all posts |Read mode
‘Mungkin lantang, tapi saya bukan Azmin ‘

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/pemilihan-semula-pkr/

Oleh MOHAMAD ATHIR ISMAIL dan OMAR ZIN
18 Julai 2022, 9:00 am


RAFIZI RAMLI

SHAH ALAM: Rafizi Ramli meng­akui beliau seorang yang lantang bersuara dan sering mempunyai perbezaan pendapat dengan ahli-ahli parti lain tetapi beliau enggan disamakan de­ngan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketika menyampaikan ucapan buat kali pertama sebagai Timbalan Presiden PKR, beliau menyifatkan dirinya bukanlah seorang yang sekadar memberikan janji-janji manis se­perti yang Azmin lakukan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga berlakunya Langkah Sheraton.

“Saya mungkin lantang tapi saya bukan Azmin Ali saudara saudari,” katanya ringkas sebelum disambut dengan tepukan gemuruh dalam Kongres Nasional PKR Ke-16 termasuk Anwar yang senyum sambil bertepuk tangan tanda bersetuju.

“Saya bukan jenis manis di bibir tapi tikam di belakang…Masa Anwar masuk penjara, saya tak pernah berjanji untuk pecahkan tembok penjara untuk bebaskan dia, depan janji…belakang dia pergi runding nak jadi calon Perdana Menteri,” katanya.

Katanya lagi, beliau juga bukanlah seorang yang suka memuji atau membodek pemimpin lain sebaliknya mahu menilai dari segi usaha dan kerja keras­nya.

“Saya tak angkat atau julang atau puji saudara presiden (Anwar), jadi kalau nak kecil hati, kecil hatilah.

“Tapi saya harap saya dihakimi dan diadili dengan usaha dan kerja saya dengan konsisten,” katanya.

Beliau juga mengakui, beliau tidak akan kembali aktif dalam politik jika PKR tidak kalah di Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

“Ramai pujuk saya kembali ke politik. Lama saya fikir, kalau tak kerana Johor kalah Lama saya fikir, kalau tak kerana Johor kalah, memang saya takkan kembali.

“Tapi kami yang selalu berkempen di Johor boleh ingat keringat lama, membina kekuatan di Johor dengan hanya dalam satu PRN, kita hampir hilang segala-galanya.

“Saya dah tunaikan permintaan saudara saudari, saya kembali untuk membantu. Terima kasih bagi amanah kepada saya jadi Timbalan Presiden PKR,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden, Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan isu yang membelenggu parti mutakhir ini disifatkan sebagai isu terpencil dan perbezaan pendapat menjadi tradisi dalam PKR untuk kebaikannya. -UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 11:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa pula formula2 baru yg bakal keluar utk pru-15 nie...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 11:21 AM | Show all posts
rashiman replied at 18-7-2022 11:20 AM
Apa pula formula2 baru yg bakal keluar utk pru-15 nie...

kan nuar dah ckp kelmarin, kalo dia jadi Piyem nak turunkan rega minyak lagi
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan sekadar memberi janji2 manis, kata Rapiji. Tapi kasi formula2 manis.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:46 AM GMT+8 , Processed in 0.036585 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list