CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 697|Reply: 4

[Dunia] Subvarian Omicron BA.5 sama bahaya seperti Delta

[Copy link]
Post time 18-7-2022 05:38 PM | Show all posts |Read mode
BANGKOK: Subvarian baharu Omicron menyebabkan kesan bahaya kepada paru-paru sama seperti varian Delta sebelum ini.

Bagaimanapun, seorang pakar dari Hospital Siriraj di Thailand memaklumkan subvarian baharu itu masih menyerang kumpulan paling terdedah termasuk golongan tidak divaksinasi dan tidak menerima vaksin lengkap.

Ketua Jabatan Penyakit Pernafasan dan Tuberkulosis di Hospital Siriraj, Dr. Nithipat Jearakul berkata, daripada jumlah pesakit yang menerima rawatan Covid-19, kira-kira 800 orang mengalami jangkitan paru-paru iaitu mencatatkan lapan peratus daripada semua kes kemasukan ke hospital.

Lapor Bangkok Post, jumlah lapan peratus itu mewakili penurunan lima kali ganda daripada kadar jangkitan paru-paru 30 hingga 40 peratus yang disebabkan oleh varian Delta sebelum ini.

“Namun, dari segi tahap keseriusan, jangkitan semasa dan yang disebabkan oleh Delta tidak begitu berbeza,” kata Nithipat.

Menurut Nithipat, jangkitan paru-paru kini kebanyakannya memberi kesan pada `kumpulan 608′ iaitu golongan berumur 60 tahun dan ke atas, individu yang mempunyai penyakit sebelum ini dan wanita hamil.

Katanya, jangkitan paru-paru turut menjejaskan individu yang hanya menerima satu atau dua dos vaksin atau tidak menerima vaksinasi.

Jelas beliau, sebilangan kecil pesakit mengalami jangkitan paru-paru dilaporkan mempunyai rekod menerima suntikan dos penggalak.

“Memperoleh suntikan dos penggalak yang mencukupi boleh menghalang kes kemasukan ke hospital dan kematian,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Pusat Virologi Klinikal di Jabatan Pediatrik Fakulti Perubatan Universiti Chulalongkorn, Dr. Yong Poovorawan berkata, subvarian Omicron BA.5 bertanggungjawab atas peningkatan kes Covid-19.

Katanya, kes itu dijangka memuncak pada akhir bulan ini dan kekal tinggi pada bulan depan sebelum mula menurun semasa musim cuti sekolah akan datang.

Sementara itu, timbalan jurucakap kerajaan, Rachada Dhnadirek berkata, kes meningkat walaupun kebanyakan pesakit berada dalam kumpulan `hijau’ dengan mempunyai gejala ringan seperti demam, kehilangan deria bau dan rasa sementara, sakit tekak, batuk dan hidung berair.

Individu yang diuji positif selepas melakukan ujian antigen dinasihatkan berjumpa dengan doktor di bawah program insuran kesihatan mereka.

“Mereka yang tidak mengalami gejala Covid-19 yang serius dinasihatkan untuk menjalani kuarantin di rumah selama 10 hari.

“Sekiranya, individu berada dalam kumpulan 608, doktor akan menjalankan pemeriksaan lanjut mengenai keadaan mereka,” jelas laporan itu.

Pejabat Keselamatan Kesihatan Kebangsaan Thailand (NHSO) menambah perkhidmatan teleperubatan yang mana penduduk dijangkiti Covid-19 yang menjalani kuarantin di rumah boleh menerima konsultasi jarak jauh.

Perkhidmatan itu juga boleh mengagihkan ubat percuma termasuk antiviral Favipiravir terus ke rumah mereka sekiranya perlu.

https://www.utusan.com.my/luar-negara/2022/07/subvarian-omicron-ba-5-sama-bahaya-seperti-delta/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa aku terbaca subramaniam mula2 baca? ????????
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
halamak habislah yg tidak atau tidak lengkap divaksin akan mati kne ninja dan centoros
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 07:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah lupa Delta ni mcm mana… byk sgt.
I is pening ;
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2022 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Eeeeeee tatutnyeww titewww….. dekkkkkkk!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:34 AM GMT+8 , Processed in 0.043543 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list