CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 721|Reply: 1

[Jenayah] Scammer tukar taktik, tawar khidmat mengemas rumah

[Copy link]
Post time 18-7-2022 05:43 PM | Show all posts |Read mode
MELAKA: Gara-gara tertarik dengan iklan yang menawarkan perkhidmatan mengemas rumah dalam laman sosial, seorang wanita kerugian RM4,700 setelah akaun banknya digodam.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, sebelum itu mangsa menekan pautan yang dipaparkan dan kemudian berurusan dengan suspek yang memperkenalkan diri sebagai Fiona.

Menurutnya, suspek seterusnya mengarahkan mangsa memuat turun aplikasi ‘Shinecleanmaid’ bagi membuat tempahan.

“Mangsa muat turun aplikasi tersebut dan mengisi butiran maklumat termasuk perbankan serta membuat bayaran RM10, namun transaksi itu tidak berjaya. Mangsa diarahkan membayar secara tunai selepas servis pembersihan dilakukan.

“Bagaimanapun, selepas 30 minit pihak bank menghantar mesej memaklumkan terdapat pemindahan wang sebanyak RM4,700 ke akaun pihak ketiga tanpa pengetahuan mangsa. Pihak bank memberitahu akaun mangsa dipercayai digodam. Mangsa yang berasa diperdaya membuat laporan di Balai Polis Kuala Sungai Baru. Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainol berkata, setakat ini polis hanya menerima satu kes membabitkan modus operandi seumpama itu.

Katanya, orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan sebarang tawaran melalui laman sosial dan seharusnya tidak mengisi butiran peribadi melalui pautan diberikan individu tidak dikenali.

“Sila semak nombor akaun dan nombor telefon suspek menerusi laman sesawang ccid.mp.gov.my/semakmule atau muat turun aplikasi, ‘Semak Mule CCID’,” jelasnya.

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/07/khidmat-kemas-rumah-modus-operandi-baharu-scammer/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 10:02 AM | Show all posts
moga kita semua x terpedaya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.146174 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list