CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 275|Reply: 1

[Tempatan] Kastam rampas lebih 6,000 kg daging gajah, taring harimau

[Copy link]
Post time 18-7-2022 06:49 PM | Show all posts |Read mode
Kastam rampas lebih 6,000 kg daging gajah, taring harimau


Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Zazuli Johan (tiga dari kiri) menunjukkan rampasan lebih 6,000 kilogram gading gajah, tanduk badak sumbu, sisik tenggiling, taring harimau, tanduk, tengkorak dan tulang haiwan bernilai RM80 juta pada sidang media di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara. - Foto NSTP/FAIZ ANUAR



PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas lebih 6,000 kilogram gading gajah, tanduk badak sumbu, sisik tenggiling, taring harimau serta tanduk, tengkorak dan tulang haiwan, bernilai RM80 juta.

Semua barang larangan itu ditemui disorok di belakang timbunan kayu bergergaji dalam sebuah kontena dari Afrika.

Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Zazuli Johan, berkata rampasan itu adalah kejayaan tersebar jabatan itu sejak 10 tahun lalu.

Beliau berkata, operasi rampasan pada 10 Julai itu membabitkan Pasukan Operasi Darat Kastam Zone Tengah, Unit II (Selangor) di Pelabuhan Barat, di sini.
"Pasukan Operasi Darat memantau pergerakan kapal yang membawa tiga kontena berisiko dipercayai dari Afrika. Pemeriksaan saringan menggunakan mesin pengimbas mendapati sebuah kontena disyaki membawa barang larangan.

"Pemeriksaan fizikal yang dilakukan ke atas kontena itu menemui 6,000 kg gading gajah (6,000 kg), tanduk badak sumbu (29 kg), sisik tenggiling (100 kg), tanduk haiwan (14 kg), taring harimau serta tengkorak dan tulang haiwan (300 kg).

"Nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM80 juta dan tidak membabitkan duti atau cukai. Ini adalah rampasan terbesar dalam sejarah Kastam sejak kira-kira 10 tahun lalu.

"Rampasan besar sebelum ini adalah pada 2012 membabitkan rampasan 500 kg gading gajah bernilai RM2.4 juta," katanya pada sidang media di Pejabat Kastam Pelabuhan Utara, di sini, hari ini petang tadi.

Zazuli berkata, berdasarkan maklumat, gading gajah boleh dijual pada harga RM8,000 satu kg di pasaran gelap, badak sumbu RM288,000 satu kg dan harimau RM10,000 sekilogram.

Mengulas lanjut, beliau berkata, barangan itu tidak boleh diimport mengikut Jadual Ketiga Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam 2008 (Akta 686), kecuali dengan permit yang dikeluarkan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN).

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Akta Kastam 1967 iaitu cubaan mengimport barang tak berkastam atau apa-apa barang larangan Seksyen 135(1)(a) Akta Kastam 1967.

"Sabit kesalahan, mahkamah boleh mengenakan hukuman denda tidak kurang daripada 10 kali nilai barang atau RM100,000, yang mana lebih besar dan tidak lebih daripada 20 kali nilai barang atau RM500,000 yang mana lebih besar, penjara tidak kurang daripada enam bulan dan tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya ," katanya.

Dalam pada itu katanya, Kementerian Kewangan (MOF) membekalkan enam unit mesin pengimbas baharu di Pelabuhan Klang, yang dipasang secara berperingkat sejak

November tahun lalu hingga Mei tahun ini.

"Sehingga kini, Unit II (Selangor) berjaya menyelesaikan 106 kes dan memungut ketirisan hasil sebanyak RM928,729.08 melalui saringan mesin pengimbas itu.

"Sebanyak 18 kes tidak termasuk kes hari ini, masih dalam siasatan, dengan nilai dianggarkan adalah RM3,107,000 dan jumlah duti/cukai dianggarkan sebanyak RM13,793,813," katanya.

Sumber:
https://www.bharian.com.my/berit ... ajah-taring-harimau

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2022 06:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk watpe daging gajah? Sape nk mkn?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:30 AM GMT+8 , Processed in 0.321800 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list