CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 341|Reply: 0

[Dunia] Lelaki New York beratur panjang dapatkan vaksin cacar monyet

[Copy link]
Post time 18-7-2022 07:09 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki New York beratur panjang dapatkan vaksin cacar monyet


GOLONGAN lelaki beratur panjang di sebuah sekolah tinggi di Bushwick, Brooklyn bagi mendapatkan suntikan vaksin cacar monyet. FOTO AFP


New York: Golongan lelaki berusia 20 hingga 40-an beratur panjang di New York, Amerika Syarikat (AS) bagi mendapatkan suntikan vaksin cacar monyet untuk mengekang penularan wabak itu.

Pusat vaksinasi yang terletak di sebuah sekolah tinggi di Bushwick, Brooklyn kelihatan sama seperti tempat vaksinasi Covid-19 sebelum ini.

Pada Jumaat lalu, sebanyak 9,200 slot dibuka untuk orang ramai mendapatkan suntikan vaksin berkenaan dan semua vaksin habis ditempah dalam masa tujuh minit.

Tiga hari sebelum itu, laman sesawang cacar monyet menyaksikan trafik tinggi sehingga menyebabkan laman sesawang terbabit tergendala.

EU mengorak usaha beli vaksin cacar monyet

New York menunjukkan trend peningkatan penularan wabak cacar monyet sejak beberapa minggu lalu dengan 461 kes direkodkan pada Jumaat lalu, sejak penularan di bandar itu bermula Mei lalu.

Seorang penduduk, Robert, memberitahu dia menghabiskan masa selama beberapa jam menunggu di depan komputer untuk menempah slot vaksin.

"Hal ini sepatutnya tidak menjadi masalah kerana kita ada bekalan vaksin dan ada permintaan.

"Sepatutnya kerajaan menyediakan kemudahan vaksin yang lebih meluas untuk memudahkan masyarakat," katanya.

Ketika ini, vaksin Jynneos yang digunakan untuk mengekang penularan cacar monyet diberikan kepada golongan lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis memandangkan mereka paling banyak dijangkiti.

Majoriti kumpulan lesbian, gay, biseksual,trensgender dan pelik (LGBTQ), yang mana sejumlah besar kumpulan itu menetap di New York, bimbang kumpu;an mereka akan menerima stigma lebih buruk akibat virus berkenaan.

New York, yang berada di Pantai Timur AS, menjadualkan suntikan 21,500 vakisn dan berharap dapat mempercepatkan proses itu, menjanjikan lebih 30,000 suntikan bagi keseluruhan negeri itu.

Bagaimanapun, susulan kekurangan dos vaksin, pusat inokulasi Bushwick tidak dibuka semula hari ini, dengan pesuruhjaya kesihatan bandar, Ashwin Vasan, semalam memaklumkan New York memerlukan puluhan ribu lagi dos vaksin.

Dalam barisan yang panjang itu, seorang jurulatih gimnasium, Leroy Jackson bimbang mengenai perkara lain.

"Saya adalah antara satu ada dua orang kulit hitam yang ada dalam barisan 100 individu ini," katanya.

Akses kepada janji temu untuk kumpulan minoriti adalah terhad, katanya.

Sumber;https://www.hmetro.com.my/global ... vaksin-cacar-monyet

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 01:58 AM GMT+8 , Processed in 0.042308 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list