View: 596|Reply: 0
|
[Tempatan]
Jangan takut jalani saringan kesihatan
[Copy link]
|
|
Jangan takut jalani saringan kesihatan
DR Noor Hisham Abdullah. FOTO Bernama
Kuala Lumpur: Aset utama sesuatu negara bagi mencapai pembangunan ekonomi yang kuat adalah populasi.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Malaysia memerlukan populasi yang bersedia dan dalam keadaan optimum bagi bersama-sama membangunkan ekonomi negara sekali gus keluar dari kemelut ekonomi.
Oleh yang demikian, katanya, kerajaan perlu 'melabur' untuk memastikan populasi atau rakyat Malaysia berada dalam keadaan yang optimum.
"Tetapi pelaburan ini bukan hanya di pihak kerajaan, dan bukan hanya di pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Setiap penduduk Malaysia yang dewasa juga perlu membuat 'pelaburan'. Antaranya saringan kesihatan sebagai satu usaha kita bersama," katanya.
Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung kesedaran rakyat mengenai kepentingan saringan kesihatan yang masih rendah.
Khairy dilaporkan berkata, 53 peratus rakyat Malaysia tidak saring kesihatan sejak setahun lalu.
Dr Noor Hisham berkata, KKM secara khusus dan sektor kesihatan di Malaysia secara amnya menyediakan pelbagai perkhidmatan saringan kesihatan sejak sekian tahun lamanya.
Namun begitu, beliau berkata, cabaran utama yang masih dihadapi adalah sikap dan tingkah laku sebilangan rakyat Malaysia yang masih tidak mahu tampil untuk menjalani saringan kesihatan.
"Pelbagai alasan diberikan. Ada yang menyatakan bahawa saringan kesihatan hanya perlu apabila ada gejala.
"Ada pula yang beranggapan bahawa apabila buat saringan kesihatan, pasti akan jumpa penyakit, oleh itu, lebih baik jangan buat saringan.
"Ada juga yang mengambil pendekatan "ignorance is bliss" – saya lebih rela tidak tahu bahawa saya ada penyakit supaya saya kekal gembira," katanya.
Beliau berkata, untuk menangani pelbagai tanggapan dan persepsi itu bukanlah sesuatu yang mudah.
"Satu pendekatan yang saya ingin sarankan adalah ketua dalam komuniti agar menjadi contoh teladan yang positif iaitu, mereka sendiri menjalani saringan kesihatan secara berkala, dan seterusnya menggalakkan anak-anak buah mereka untuk turut serta.
"Saya juga ingin memanggil rakyat Malaysia dewasa yang mempunyai ibu dan ayah, atau pakcik dan makcik, tolonglah pujuk mereka dan bawa ke fasiliti kesihatan yang terdekat untuk menjalani saringan kesihatan.
"Golongan muda bertanggungjawab untuk menjaga golongan yang tua. Membawa mereka menjalani saringan kesihatan setiap tahun adalah amalan murni untuk membalas segala pengorbanan yang sudah ibu bapa lakukan untuk kita selama ini," katanya.
Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -saringan-kesihatan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|